Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

106) PENGEDARAN BAUCER SMUE MELALUI KIRIMAN POS

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai sebarang cadangan mengedarkan baucer SMUE melalui kiriman POS secara terus daripada pihak YAWAS tanpa perlu melalui Pusat Khidmat ADUN / Masyarakat?

    Penyerahan baucer Jom Shopping SMUE melalui Pusat Khidmat ADUN/Masyarakat bertujuan untuk memberi peluang kepada ADUN untuk berkenalan dan meraikan Ahli SMUE dan warga emas serta OKU dalam kawasan masing-masing.

    Cadangan untuk pengedaran baucer SMUE melalui kiriman pos adalah tertakluk kepada pertimbangan dan kelulusan Kerajaan Negeri Selangor kerana melibatkan tambahan kos dan mekanisme pengedaran yang melibatkan semua DUN.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.