Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

100) PEMULIHARAAN TASIK DAN LOMBONG

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Jelaskan perancangan bersepadu kerajaan bagi pemuliharaan tasik-tasik dan lombong-lombong utama di seluruh Selangor. Berikan pecahan pembangunan bagi tujuan strategik, pelancongan dan rekreasi.

    Bagi tujuan pemuliharaan tasik dan lombong, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor akan meneruskan program pewartaan kolam-kolam takungan.  Ini bertujuan agar ekosistem kolam takungan seperti flora dan fauna dikekalkan, selain mempertingkatkan kawalan dan aspek penguatkuasaan di kolam takungan supaya tidak berlaku sebarang aktiviti yang boleh merencatkan rancangan pemulihan dan pemuliharaan kolam takungan yang ada di dalam Negeri Selangor.

    Bilangan kolam takungan yang memerlukan tindakan pewartaan di bawah Kerajaan Negeri Selangor adalah sebanyak 547 buah kolam .  berikut adalah maklumat pecahan kolam berdasarkan pemilik :

    PEMILIK / AGENSI BILANGAN KOLAM
    JPS 182
    PBT 114
    PEMAJU 247
    JUMLAH 547

    Perancangan bagi keutamaan pewartaan kolam takungan adalah seperti berikut:

    1. Kolam takungan JPS dan PBT – 296 buah. 62 permohonan pewartaan telah dikemukakan kepada Pejabat Tanah dan Daerah.
    2. Kolam takungan Pemaju – 247 buah. Hanya akan diwartakan selepas keseluruhan pembangunan siap sepenuhnya.
    3. PEMAJU bertanggungjawab ke atas penyenggaraan kolam takungan yang masih belum di serah supaya tiada isu pencerobohan bagi penyelenggaraan ke atas kolam pihak PEMAJU

    Selain itu, penyelenggaraan secara berkala ke atas kolam takungan termasuk struktur-struktur yang berkaitan juga turut dilaksanakan sebagai salah satu perancangan strategik pemulihan kolam takungan di Negeri Selangor bagi tujuan kelancaran kefungsian struktur serta memelihara kualiti air dan kemampuan menavigasi kolam takungan secara keseluruhan dalam jangka panjang.

     

    ……………. Sila rujuk Pejabat Tanah dan Galian (PTG)/ Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) untuk maklumat berkaitan pemuliharaan tasik dan lombong-lombong utama Negeri Selangor………………..

Lampiran

Tiada Lampiran.