Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

95) SELANGOR SMART STATE

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status pelaksanaan inisiatif digital Smart Selangor termasuk pelaksanaan smart parking?

    Program Smat Selangor yang diperkenalkan pada tahun 2016 melibatkan 60 inisiatif sehingga tahun 2025. Sehingga akhir 2020, kemajuan pembangunan inisiatif adalah pada tahap 55%.

    Salah satu daripada inisiatif Smart Selangor adalah Smart Selangor Parking (SSP) yang telah beroperasi seawal 2018 dan pada ketika ini telah pun dioperasikan di bawah kesemua PBT Selangor yang diwartakan sebagai zon parkir berbayar (‘On-Street Parking Bays’). Sehingga Ogos 2021, pengguna berdaftar SSP adalah seramai 1.6 juta pengguna yang menggunakan 2 perkhidmatan utama SSP iaitu pembayaran parkir dan kompaun parkir secara atas talian.

    Fungsi pembayaran SSP ini boleh juga dicapai oleh pengguna semasa aplikasi agen pihak ketiga yang berdaftar seperti Flexi Parking, ParkbyPhone, Touch n Go e-wallet dan Citizen E-Payment (CEPat). Kaedah pembayaran di SSP ini juga telah dikembangkan pada akhir 2020 dengan pembayaran menggunakan

    kad kredit atau kad debit (Visa dan MasterCard PayWave) di kawasan letak kereta tertutup (“Off-Street Parking Bays”) di beberapa PBT.

  2. Apakah status dan pelaksanaan Smart Selangor C5i Centre?

    Smart Selangor C5i Operation Centre (SSOC) yang bertempat di Aras 1 Dewan Jubli Perak, Shah Alam telahpun siap sepenuhnya pada 1 Disember 2020, setelah dibangunkan selama selama tiga bulan sebelumnya.

    SSOC ini mampu untuk beroperasi secara 24 jam sehari menerusi pelbagai kemudahan infrastruktur digital dan teknologi maklumat. Ianya berkeupayaan untuk menyatukan operasi beberapa Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri secara berpusat untuk melaksanakan operasi pemantauan, penyelarasan dan pelaksanaan sesuatu tugasan secara berpusat dan berkesan. Untuk makluman, SSOC ini adalah iterasi kedua kepada Smart Selangor Command Centre yang sebelum ini dioperasikan di Plaza Perangsang, Shah Alam.

    Beberapa kemudahan infrastruktur yang diupayakan di SSOC, seperti kemudahan utiliti, kemudahan genset, tempat kerja yang kondusif, kemudahan ruang rehat, kemudahan ruang mesyuarat, kemudahan ruang sidang media serta keupayaan untuk menampung 6 hingga 8 agensi untuk beroperasi secara berpusat.

    Kemudahan infrastruktur digital yang disediakan untuk menyokong pengoperasian SSOC adalah capaian internet berkelajuan tinggi (3 Gbps), 40 unit paparan panel skrin yang dikendalikan menerusi perisian (software) berpusat, 22 unit komputer, smart rack (untuk server) dan peralatan untuk mengadakan mesyuarat secara maya.

    Terdapat empat entiti yang telah beroperasi di SSOC iaitu Jabatan Korporat SUK Selangor, Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor, Selangor Task Force COVID-19 (STFC) dan SSDU Innovations Sdn Bhd.

Lampiran

Tiada Lampiran.