Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

86) PROGRAM SELVAX

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah peruntukan yang dibelanjakan bagi perlaksanaan Program SelVAX?

    Soalan ini akan dijawab bersekali dengan soalan dari Bukit Gasing (N34) No.134 (a) dan Rawang (N14) No. 266 (a). Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, pelaksanaan program Vaksin Selangor (SELVAX) yang bertujuan mempercepatkan usaha ke arah komuniti kelompok dibiayai melalui pinjaman Kerajaan Negeri kepada SELGATE Healthcare Sdn Bhd berjumlah RM200 juta. Jumlah ini adalah bersesuaian dengan keperluan dan kepentingan pelaksanaan program SELVAX dalam memastikan setiap warga Selangor yang layak mendapat suntikan vaksinasi dan seterusnya memastikan penularan Covid-19 dapat dikawal.

  2. Apakah peratus pencapaian program ini?

    Sehingga 22 Ogos 2021, daripada sejumlah 1.25 juta vaksin yang telah diperuntukkan, sebanyak 367,599 dos vaksin (29.4%) telah diberikan kepada warga Selangor.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.