Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

84) INDEKS KUALITI AIR BAGI SUNGAI-SUNGAI YANG SEDANG DIPERTIMBANGKAN UNTUK TUJUAN SUMBER AIR UNTUK LOJI RAWATAN AIR

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kualiti air mentah sungai yang boleh diterima sebelum diproses LRA?

    Sumber utama Loji Rawatan Air (LRA) bagi bekalan air bersih adalah air sungai. Sejumlah 34 LRA yang terdapat di seluruh lembangan sungai di Negeri Selangor yang beroperasi dan merawat sumber air untuk dijadikan sebagai bekalan air bersih.

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyediakan Garis Panduan Kualiti Air Minum Kebangsaan Bagi Air Mentah sebagai panduan kepada kualiti air sungai yang boleh diterima sebelum diproses LRA. Senarai parameter dan cadangan kualitinya adalah seperti di Lampiran.

    LAMPIRAN

    GARIS PANDUAN KUALITI AIR MINUM KEBANGSAAN BAGI AIR MENTAH

    BIL PARAMETER UNIT GARIS PANDUAN
    KUMPULAN 1 (PHYSICAL)
    1 Total Coliform MPN/100ml 5000
    2 E. Coli MPN/100ml 5000
    3 Kekeruhan ntu 1000
    4 pH   5.5 – 9.0
    KUMPULAN 2 (METAL)
    5 Total Dissolved Solid mg/l 1500
    6 BOD mg/l 6
    7 COD mg/l 10
    8 Chloride mg/l 250
    9 Ammoniakal Nitrogen mg/l 1.5
    10 Iron / Ferum (Fe) mg/l 1
    11 Fluoride mg/l 1.5
    12 Manganese (Mn) mg/l 0.2
    KUMPULAN 3 (HEAVY METAL)
    13 Mercury (Hg) mg/l 0.001
    14 Cadmium (Cd) mg/l 0.003
    15 Selenium (Se) mg/l 0.01
    16 Arsenic (As) mg/l 0.01
    17 Cyanide (Cn) mg/l 0.07
    18 Lead / Plumbum (Pb) mg/l 0.05
    19 Chromium (Cr) mg/l 0.05
    20 Silver / Argentum (Ag) mg/l 0.05
    21 Copper / Cuprum (Cu) mg/l 1
    22 Magnesium mg/l 150
    23 Sodium / Natrium (Na) mg/l 200
    24 Zinc (Zn) mg/l 3
    25 Sulphate (SO4) mg/l 250
    26 Mineral Oil mg/l 0.3
    27 Phenol mg/l 0.002
  2. Sila bekalkan indeks kualiti air bagi semua sungai yang sedang dipertimbangkan untuk tujuan sumber air LRA.

    Kesemua 34 LRA di Negeri Selangor berada di dalam 3 lembangan sungai utama Negeri Selangor yang terdiri daripada Lembangan Sungai Selangor, Lembangan Sungai Langat dan Lembangan Sungai Klang.

    Status kualiti air sungai di semua lembangan sehingga April 2021 berdasarkan rekod Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd adalah 29% (Kelas I), 50% (Kelas II) dan minimum 21% (Kelas III) seperti perincian berikut :

    KELAS LEMBANGAN SELANGOR LEMBANGAN LANGAT LEMBANGAN KLANG PERATUS (%)
    I 3 3 4 29
    II 9 6 2 50
    III 2 3 2 21
    JUMLAH 14 12 8 34 (100%)
      I (21%) 1 (25%) 1 (50%)  
      II (65%) II (50%) II (25%)  
      III (14%) III (25%) IIII (25%)  
  3. Pencegahan kegunaan air tidak berkualiti pastikan kelestarian. Apakah langkah-langkah untuk memastikannya?

    Adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri bagi memastikan sumber air di Selangor sentiasa bersih dan selamat untuk digunakan. Pelbagai usaha telah diambil untuk mengimbangkan pembangunan yang pesat dan penjagaan sumber air. Pemantauan berkala dilaksanakan oleh Lembaga Urus Air Selangor bersama agensi berkaitan bagi memastikan sumber air di kawasan sekitar tersebut dan kawasan tadahannya terpelihara daripada aspek kualiti dan kuantitinya. Pelaksanaan pemantauan juga dipertingkatkan dengan penubuhan Skuad Pantas LUAS pada 1 Dis 2020 yang beroperasi 24 jam bagi memantau kawasan strategik sumber air di Negeri Selangor.

    Penguatkuasaan bersepadu dan tindakan perundangan tegas turut sentiasa dilaksanakan antaranya siasatan, notis dan pengeluaran kompaun termasuk pendakwaan di mahkamah.

    Maklumat tambahan:

    Selain itu, kerja-kerja pemantauan dan penguatkuasaan berterusan dijalankan bagi isu-isu pencemaran lain melalui jawatankuasa-jawatankuasa yang telah ditubuhkan iaitu:

    1. Jawatankuasa Pengurusan Lembangan Sungai, yang dipengerusikan oleh YB EXCO Infrastruktur dan Kemudahan Awam;
    2. Jawatankuasa Kecemasan Pencemaran Sumber Air Negeri Selangor, yang dipengerusikan oleh EXCO Alam Sekitar; dan
    3. Pasukan Petugas Lembangan Sungai Klang, Lembangan Sungai Langat dan Lembangan Sungai Selangor, yang dipengerusikan oleh Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS).

    Semua 34 Loji Rawatan Air (LRA) Air Selangor telah direka bentuk agar berupaya untuk merawat air mentah berdasar Kualiti Air Mentah yang termaktub dalam Piawaian Kualiti Air Minum Kebangsaan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

    Kualiti Air Mentah yang termaktub di dalam Piawaian Kualiti Air Minum Kebangsaan adalah bertujuan untuk menentukan tahap kualiti air mentah sungai yang boleh dirawat di samping membantu operator air dalam menentukan proses rawatan air mentah yang bersesuaian. Senarai parameter dan had maksimum kepekatan di dalam air mentah disenaraikan di dalam Jadual 1.

    Jadual 1: Parameter Kualiti Air Mentah yang Disyorkan sebagaimana di dalam Piawaian Kualiti Air Minum Kebangsaan oleh KKM

    Parameter mg/L (melainkan dinyatakan sebaliknya)
    Total Coliform 5000 MPN/100 ml
    Turbidity 1000 NTU
    Color 300 TCU
    pH 5.5 – 9.0
    BOD 6
    COD 10
    Ammonia 1.5
    Iron 1.0
    Fluoride 1.5
    Manganese 0.2
    Mercury 0.001
    Cadmium 0.003
    Selenium 0.01
    Arsenic 0.01
    Cyanide 0.07
    Lead 0.05
    Chromium 0.05
    Silver 0.05
    Copper 1.0
    Magnesium 150
    Sodium 200
    Zinc 3
    Sulphate 250
    Mineral Oil 0.3
    Phenol 0.002

     

    Nota: Parameter Tambahan – Odour: 0 TON (Tiada bau yang tidak boleh diterima)

    Di samping itu, pemantauan dan kawalan dari punca pencemaran perlu dilaksanakan secara berterusan dan bersepadu supaya air mentah tidak tercemar dan LRA-LRA boleh beroperasi tanpa sebarang gangguan dan henti tugas.

    Berikut adalah Indeks Kualiti Air (IKA) berdasarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi sumber air mentah untuk 34 Loji Rawatan Air (LRA) di bawah seliaan Air Selangor.

    Bil Loji Rawatan Air Sumber Air Mentah Purata Indeks Kualiti Air (Kelas)

    Dari Jan 2021 – Mei 2021

    1 Kalumpang Sg. Inki I
    2 Sg. Pangsoon Sg. Pangsoon I
    3 Sg. Lolo Sg. Lolo I
    4 Sg. Serai Sg. Serai I
    5 Kepong Sg. Buloh I
    6 Kuala Kubu Bharu Sg. Gerachi I
    7 Gombak Sg. Gombak I
    8 Sg. Rumput Sg. Rumput I
    9 Sg. Rangkap Sg. Kanching II
    10 Sg. Dusun Sg. Dusun II
    11 Sg. Tengi Sg. Tengi II
    12 Batang Kali Sg. Batang Kali II
    13 Labohan Dagang ORS Labohan Dagang II
    14 Bernam River Headworks (BRH) Sg. Bernam II
    15 Sg. Selisik Sg. Bernam II
    16 Sg. Sireh Terusan Utama II
    17 Sg. Selangor Fasa 1 (SSP1) Sg. Selangor II
    18 Sg. Selangor Fasa 2 (SSP2) Sg. Selangor II
    19 Sg. Selangor Fasa 3 (SSP3) Sg. Selangor II
    20 Rasa Sg. Selangor II
    21 Sg. Langat Sg. Langat II
    22 Langat 2 Sg. Semantan II
    23 Sg. Labu ORS Labu II
    24 Sg. Batu Empangan Batu II
    25 Ampang Intake Sg. Ampang II
    26 Sg. Semenyih Sg. Semenyih II
    27 Semenyih 2 ORS Pond C II
    28 Rantau Panjang Sg. Selangor II
    29 Cheras Batu 11 Sg. Langat II
    30 North Hummock Empangan Tasik Subang III
    31 Wangsa Maju Empangan Klang Gates1 III
    32 Bukit Tampoi Sg. Langat III
    33 Salak Tinggi Sg. Labu III
    34 Bukit Nanas Empangan Klang Gates1 III

    Nota :

    • Kandungan Oksigen Terlarut (DO) yang rendah menyebabkan IKA di Empangan Klang Gates berada pada Kelas III.
    • Berikut adalah tindakan dan langkah pencegahan potensi pencemaran di dalam kawasan sumber air mentah:

    Tindakan yang telah dan sedang dilaksanakan.

    1. Pembinaan dan Penggunaan Off-River Storage (ORS)

    Kerajaan Negeri telah membina dan menggunapakai konsep Off-River Storage (ORS) dalam melestarikan sumber air terhadap kolam-kolam bekas lombong sediada. Konsep Off-River Storage telah direalisasikan kolam-kolam ORS di bahagian hilir sungai bagi menampung keperluan air mentah tambahan dengan pembinaan beberapa LRA-LRA  yang mengabstrak air dari kolam takungan ini. Antaranya yang telah beroperasi ialah LRA Sg. Labu, LRA Semenyih 2 dan LRA Labohan Dagang. Selain itu, konsep ORS ini akan diperluaskan dengan pembinaan LRA Rasau di Sg. Klang yang dijangka siap pada 2024.

    1. Skim Jaminan Air Mentah (SJAM)

    SJAM merupakan inisiatif yang dijalankan Kerajaan Negeri bagi memastikan jaminan bekalan air mentah berterusan. Antara langkah yang dijalankan adalah:-

    • Rawatan awal di kolam-kolam rawatan air
    • Pemantauan dan Pengawasan
    • Pembinaan infrastruktur pengepaman terus dari Kolan Takungan Sungai Selangor (Hujung 2022)
    • Penguatkuasaan Enakmen Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) (Pindaan) 2020

    (Sumber: https://www.amirudinshari.com/posts/skim-jaminan-air-mentah)

    1. Tindakan Bersepadu Pencegahan Potensi Pencemaran Di Sekitar Kawasan Tadahan Air dan Kawalan Semasa Pencemaran
    • Aktiviti Pemantauan 24 jam

    Aktiviti pemantauan bersepadu secara 24 jam oleh pasukan PANTAS LUAS dengan kerjasama oleh PAKAR Air Selangor, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi memantau seterusnya mencegah aktiviti yang berpotensi menyebabkan pencemaran sumber air mentah.

    • Program Kajian Kebersihan LRA oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

    Program Kajian Kebersihan dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertujuan mengenal pasti lokasi-lokasi yang mempunyai risiko pencemaran selain menilai kualiti air sungai yang diterjemahkan melalui Indeks Kualiti Air (IKA). Program ini dapat mengenalpasti dan kemaskini potensi-potensi baru dan perubahan dalam rekod inventori sediada yang melibatkan kajian kualiti air, penggunaan tanah, pembangunan dan sebagainya.

    Bagi meluaskan ruang lingkup dan cakupan kajian kebersihan ini, pihak Air Selangor turut menjalankan kajian kebersihan secara dalaman.

    • Platform Ops Sumber Air

    Penglibatan secara aktif pasukan pemantauan sumber air mentah terdiri daripada LUAS, SPAN, JAS, UPB, PBT, PDRM, Air Selangor di dalam Ops Sumber Air iaitu saluran tindakan bersama semua agensi semasa berlaku pencemaran sungai.

    Melalui Platform Ops Sumber Air, semua aduan yang diterima dari pelbagai sumber dapat diambil tindakan awal dengan kerjasama semua pihak melibatkan bidang kuasa dan peranan setiap agensi disamping penyaluran maklumat yang tepat, cepat dan berkesan.

Lampiran

Tiada Lampiran.