Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

81) HUTAN SIMPAN KUALA LANGAT UTARA

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Semenjak Usul Dewan berkenaan pemeliharaan Hutan Simpan di Negeri Selangor, apa telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri, khususnya dua Hutan Simpan Kekal yang disenaraikan untuk dinyahwarta ialah Hutan Simpan Bukit Lagong dan Hutan Simpan Kuala Langat Utara?

    • Hutan Simpan Bukit Lagong

    Berdasarkan keputusan MMKN Ke-31/2020 bertarikh 26 Ogos 2020 yang disahkan oleh MMKN Ke-32/2020 bertarikh 2 September 2020 telah meluluskan seluas 28.3ha @ 70 ekar kawasan Hutan Simpan Bukit Lagong, Mukim Batu-Rawang, Daerah Gombak untuk dinyahwartakan di bawah Seksyen 12, Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negeri Selangor 1985.

    Manakala, seluas ±31.49ha @ ±77.18 ekar telah diluluskan oleh MMKN yang sama sebagai kawasan gantian HSK iaitu melibatkan PT 37790, Mukim  Semenyih, Daerah Hulu Langat. Buat masa ini, proses pewartaan sedang dilaksanakan.

    •          Hutan Simpan Kuala Langat Utara

    Berdasarkan kepada keputusan MMKN Ke-17/2021 bertarikh 5 Mei 2021 yang disahkan oleh MMKN Ke-18 bertarikh 19 Mei 2021, hanya seluas ±536.70ha @ ±1,326.3382 ekar daripada keseluruhan kawasan HSK Kuala Langat Utara ini telah diluluskan untuk dinyahwarta di bawah Seksyen 12, Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negeri Selangor 1985. Kelulusan penyahwartaan ini juga telah mengambil kira sebahagian kawasan HSKLU untuk penggantian Rizab Orang Asli Busut Baru iaitu seluas ±42.1ha @ ±103.9081 ekar bagi dirizabkan di bawah Seksyen 7, Akta Orang Asli 1954

    Manakala, seluas ±581.48ha @ ±1,436 ekar telah diluluskan oleh MMKN yang sama sebagai kawasan gantian HSK iaitu melibatkan PT4182 Mukim Sungai Panjang, Daerah Sabak Bernam seluas ±308.62ha @ ±762.29 ekar, Ampang Pechah, Mukim Buloh Telor, Daerah Hulu Selangor seluas ±208.98ha @ ±516.40 ekar dan Bukit Broga, Mukim Semenyih, Daerah Hulu Langat seluas ±63.88ha @ ±157.86 ekar. Buat masa ini, proses pewartaan sedang dilaksanakan.

Lampiran

Tiada Lampiran.