Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
80) MENJAUHKAN AHLI MAJLIS DARI RASUAH
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Ahli Majlis berada dalam bahaya. Mereka penggubal dasar sekaligus terlibat sebagai pelaksana.
Dalam kalangan mereka yang baru berkhidmat sudah pun memiliki rumah besar, kereta besar dan hidup mewah-hidup bergaya. Mengapa tidak dilakukan setiap siasatan terhadap beliau?Maklumat peribadi Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor yang dilantik akan diisi di dalam Sistem Tapisan Keutuhan (eSTK) yang disediakan dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Sistem eSTK merupakan satu sistem berasaskan web yang digunapakai bagi mengurus tapisan keutuhan bagi mengenal pasti status rekod kesalahan rasuah seseorang Ahli Majlis sebelum pelantikan dibuat. Bagi lantikan Ahli Majlis yang tidak melepasi tapisan keutuhan ini, lantikan tersebut akan dibatalkan serta merta.
Kerajaan Negeri juga menganjurkan Kursus Asas Ahli Majlis bagi memberikan pendedahan, pengetahuan mengenai kepentingan integriti dalam tugas dan tanggungjawab serta peranan seorang Ahli Majlis PBT yang disampaikan oleh Pegawai daripada SPRM.