Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

79) PEMBANGUNAN INFRA KAMPUNG TRADISI

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa banyak peruntukan yang disalurkan kepada pembangunan kampung tradisi di Selangor?

    Kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan peruntukan pembangunan kepada kampung tradisi dalam bentuk program dan aktiviti mesra rakyat melalui peruntukan sebanyak RM20 ribu kepada setiap 371 MPKK Kg. Tradisi yang berjumlah RM7.42 juta. Selain itu, RM1.8 juta diperuntukkan bagi tujuan Pembangunan Ekonomi Kg. Tradisi dan RM3.45 juta lagi diperuntukan bagi tujuan Program Pembangunan Desa. Kerajaan Negeri juga turut menyediakan peruntukan sebanyak RM2 juta bagi tujuan pembangunan fizikal iaitu menaiktaraf kemudahan awam dan kemudahan asas desa termasuklah baikpulih/naiktaraf jalanraya.

  2. Berapa banyak peruntukan dan perancangan pembangunan Kerajaan Negeri terhadap kampung tradisi di kawasan DUN Jeram?

    Untuk makluman ahli Yang Berhormat, pada tahun 2021 Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan keseluruhan berjumlah RM507,738.00 bagi projek-projek pembangunan di bawah DUN Jeram yang merangkumi projek penyelenggaraan jalan di bawah peruntukan MARRIS sebanyak enam (6) projek, projek menaik taraf infrastruktur awam sebanyak satu (1) projek dan satu(1) projek penyelenggaraan lampu jalan. Perincian projek adalah seperti berikut:

    BIL NAMA PROJEK JUMLAH (RM) STATUS
    1 Cadangan Kerja-Kerja Membaikpulih Jalan Lintang Pantai Remis (Jalan Lintang) Di Kampung Sungai Sembilang, Daerah Kuala Selangor Serta Kerja Berkaitan

     

     

    99,916.00

     

    SIAP

    2 Cadangan Kerja-Kerja Membaikpulih Jalan Maksah 1 Di Kampung Jeram,  Daerah Kuala Selangor Serta Kerja Berkaitan

     

     

    76,285.00

     

    SIAP

    3 Cadangan Kerja-Kerja Membaikpulih Jalan Sekolah Di Kampung Jeram,  Daerah Kuala Selangor Serta Kerja Berkaitan  

    88,722.00

     

    SIAP

    4 Cadangan Kerja-Kerja Membaikpulih Jalan Dato Subari 1, Kampung Bukit Kerayong,  Daerah Kuala Selangor Serta Kerja Berkaitan

     

     

    64,984.00

     

    SIAP

    5 Cadangan Kerja-Kerja Membaikpulih Pembentung Di Jalan 16, Kampung Felda Bukit Cherakah, Daerah Kuala Selangor Serta Kerja Berkaitan

     

     

    39,246.00

     

    SIAP

    6 Cadangan Kerja-Kerja Membaikpulih Jalan Tok Ghani Di Kampung Jeram, Daerah Kuala Selangor Serta Kerja Berkaitan

     

     

    101,998.00

     

    SIAP

    7 Membaikpulih Balai Masyarakat Kg Sg Sembilang Jeram Daerah Kuala Selangor

     

     

    19,887.00

     

    PERINGKAT PEROLEHAN

    8 Cadangan Kerja-Kerja Penyambungan Bekalan Lampu Jalan Serta Kerja Berkaitan Sekitar Dun Jeram (4 Lokasi) Daerah Kuala Selangor

     

     

    16,700.00

     

    PERINGKAT PEROLEHAN

      JUMLAH 507,738.00  
  3. Apakah status pembangunan perumahan kampung baru di kawasan Kampung Bukit Kerayong?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Probil Industries Sdn Bhd (PISB) selaku kontraktor projek pembesaran Kampung Desa Kerayong telah memaklumkan kepada Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) pada 26 April 2021 berhubung persetujuan untuk meneruskan pemulihan projek ini dengan menyediakan Sistem Pembentungan Berpusat (STP) seperti yang ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara. Walaubagaimanapun sehingga kini, LPHS masih belum menerima sebarang cadangan, perancangan dan maklumbalas yang menyeluruh daripada pihak PISB berkenaan status pelaksanaan pemulihan projek ini. Sehubungan itu, mesyuarat Penyelarasan Teknikal Bil. 6/2021 bertarikh 2 Ogos 2021 yang dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Kehidupan Bandar Dan Pembangunan Usahawan telah memutuskan agar PISB mengemukakan kepada Kerajaan Negeri dalam tempoh 30 hari daripada tarikh surat 5 Ogos 2021 mengenai cadangan pemulihan projek ini secara komprehensif dengan mengenalpasti keseluruhan Kos Pemulihan Pembangunan Kasar (GDC) dan Nilai Pembangunan Kasar (GDV), perancangan pelaksanaan pemulihan projek, penyelesaian pemilik-pemilik, status permohonan pelan-pelan kelulusan pembangunan beserta tarikh dan tempoh penyiapan yang terperinci untuk tujuan penelitian dan pemantauan oleh pihak-pihak yang terlibat. Kerajaan Negeri berpandangan sekiranya tiada sebarang maklumbalas diterima maka pihak PISB adalah dianggap tidak berminat dan LPHS akan mendapatkan pandangan Kamar Penasihat Undang-Undang Negeri sebelum ianya dimuktamadkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.