Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
77) PENGURUSAN KUBUR OLEH MASJID KARIAH
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah pihak pengurusan kubur masjid kariah diberi kuasa untuk menguruskan jenazah COVID?
Ya, bagi kes pengurusan jenazah Covid-19 sebelum 28 Julai 2021. Selepas tarikh tersebut hanya terdapat beberapa tanah perkuburan kariah di setiap daerah yang dibenarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sebagai tanah perkuburan Islam berpusat bagi mengurus pengkebumian jenazah Covid-19.
-
Adakah pejabat agama daerah mempunyai kuasa untuk mengawal kadar bayaran pengurusan jenazah yang dikenakan kepada waris-waris keluarga?
Tidak. Walaubagaimanapun, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 11 Ogos 2021 telah mengeluarkan surat arahan kepada semua Nazir Masjid Kariah yang terlibat dengan tanah perkuburan Covid-19 untuk menetapkan semua kadar bayaran pengkebumian kepada semua waris pada suatu ketetapan di antara RM 300.00 hingga RM 500.00.