Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

75) KEBENARAN MENGERJAKAN SOLAT JUMAAT UNTUK SURAU

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Syamsul Firdaus Bin Mohamed Supri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah surau yang dibenarkan untuk solat Jumaat di Selangor?

    Jumlah surau yang diberikan untuk Solat Jumaat di Negeri Selangor adalah sebanyak 316 buah surau dengan pecahan mengikut daerah adalah seperti berikut :-

    BIL  

    DAERAH

     

    JUMLAH
    1 PETALING 79
    2. HULU LANGAT 95
    3. GOMBAK 39
    4. KLANG 34
    5. KUALA SELANGOR 8
    6. KUALA LANGAT 19
    7. HULU SELANGOR 16
    8. SEPANG 24
    9. SABAK BERNAM 2
      JUMLAH 316
  2. Apakah prosedur yang membolehkan sebuah surau dibenarkan untuk solat Jumaat?

    Surau kariah boleh memohon untuk  menaiktaraf  kepada Surau Kebenaran    Jumaat dengan memenuhi keperluan seperti berikut :-

     

    1. Mengisi Dan Melengkapkan Borang Permohonan Kebenaran Mendirikan Solat Jumaat (Sementara)
    2. Mengemukakan borang permohonan yang telah lengkap beserta surat rasmi kepada pihak Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) dengan menyatakan justifikasi lengkap  yang menguatkan agar  permohonan tersebut dapat dipertimbangkan seperti faktor jarak dengan masjid, kapsiti masjid dan beberapa Surau Kebenaran Solat Jumaat terdekat tidak dapat menampung, kepadatan penduduk, limpahan pekerja industri dan saiz keluasan surau yang bersesuaian.
    3. Keputusan permohonan ini akan diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Urus Masjid Dan Surau Negeri Selangor (JATUMS).
  3. Selain daripada surau berstatus kariah dan institusi, apakah kebenaran juga diberikan kepada premis atau situasi tertentu dalam perlaksanaan solat Jumaat?

    Ya, dengan syarat mendapat kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Urus Masjid Dan Surau Negeri Selangor (JATUMS).

Lampiran

Tiada Lampiran.