Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
71) STATUS PROGRAM PEMUTIHAN KILANG HARAM
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status terkini program pemutihan kilang haram di Negeri Selangor?
Status terkini proses pemutihan kilang tanpa kebenaran ini adalah berada diperingkat pelaksanaan yang mana pihak kerajaan berada di dalam fasa untuk meneliti dan meluluskan permohonan yang telah dibuat oleh pemilik tanah dan juga pemilik kilang tanpa kebenaran ini. Untuk makluman juga, penggunaan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi tindakan Penguatkuasaan Pelanggaran Syarat Tanah di bawah Seksyen 127 hingga 129 dan Pelucuthakan di bawah Seksyen 130 Kanun Tanah Negara (Akta 828) dan Garis Panduan Tindakan Penguatkuasaan Kilang Tanpa Kebenaran (KTK) di Negeri Selangor berada di dalam peringkat akhir dan akan diedar serta digunakan di setiap daerah dan juga pihak berkuasa tempatan (PBT). Ini adalah bertujuan untuk menyeragamkan semua tindakan-tindakan yang boleh diambil oleh setiap pihak yang terlibat selaras dengan peruntukan undang-undang yang terpakai dan sedia ada.
Selain daripada itu, bahagian penguatkuasaan juga telah berada di dalam fasa untuk menguatkuasakan apa-apa tindakan selari dengan peruntukan undang-undang yang telah disediakan terhadap mana-mana individu atau pemilik tanah dan juga pemilik kilang tanpa kebenaran yang masih berdegil dan tidak mematuhi garis panduan yang telah dikeluarkan. Dilampirkan juga bersama data-data dan perincian berkaitan dengan jumlah permohonan yang telah diterima di setiap daerah di Negeri Selangor di jadual berikut:
Jadual 1 : Data-data berkaitan permohonan Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran di setiap daerah dalam Negeri Selangor.
DAERAH
PDT ( PERMOHONAN TUKAR SYARAT) JUMLAH PERMOHONAN LULUS
TOLAK
TANGGUH
DALAM TINDAKAN PETALING 88 87 1 KLANG 85 15 2 5 63 GOMBAK 50 16 34 HULU LANGAT 28 19 9 SEPANG 7 5 2 KUALA LANGAT 27 19 5 3 KUALA SELANGOR 48 13 3 5 27 HULU SELANGOR 29 21 8 SABAK BERNAM 1 1 JUMLAH 363 196 10 13 144 -
Berapa kilang yang masih belum kemukakan permohonan untuk pemutihan?
Untuk makluman, setakat 31 Disember 2020 sebanyak 4728 Lot yang telah dibanci dan merujuk kepada persoalan di atas serta data-data terkini yang diperolehi, adalah di dapati sebanyak 4365 pemilik tanah atau pengusaha kilang tanpa kebenaran yang masih belum mengemukakan permohonan di dalam program pemutihan ini. Program pemutihan ini telah tamat pada 31 Disember 2020 dan pihak kerajaan akan menjejak pemilik tanah dan pengusaha kilang tanpa kebenaran ini untuk tindakan penguatkuasaan. Bersama-sama ini juga dilampirkan jadual jumlah bancian dan permohonan yang telah dibuat seperti di jadual berikut:
Jadual 2 : Jumlah bancian dan permohonan yang telah dibuat serta jumlah yang belum kemukakan permohonan bagi Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran.
Daerah
Jumlah Yang Telah Dibanci Jumlah Yang Telah Kemukakan Permohonan
Jumlah Yang Belum Kemukakan Permohonan Semua Daerah di Negeri Selangor 4728
363
4365
-
Berapa kilang haram baru yang telah dikenalpasti oleh Kerajaan pada tahun 2020 dan 2021?
Untuk makluman, berdasarkan data terbaru yang diperolehi terdapat sebanyak 4728 buah Lot dan 5755 buah kilang yang terlibat didalam program ini sehingga 31 Disember 2020 dan tiada bancian terbaru yang dibuat pada tahun 2021 kerana kerja-kerja penguatkuasaan akan dijalankan di seluruh Negeri Selangor setelah Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran ini tamat pada 31 Disember 2020. Perincian maklumat berkaitan lot dan kilang yang terlibat di dalam program ini pada tahun 2020 adalah seperti di jadual berikut :
Jadual 3 : Jumlah Lot dan Kilang yang terlibat di dalam Program Pematuhan Syarat Dan Penguatkuasaan Kilang Tanpa Kebenaran Di Negeri Selangor.
Daerah PBT Jumlah Jumlah Lot Jumlah Kilang Dalam Zon Luar Zon Lot Kilang Lot Kilang PETALING MBSA 1442 1770 1426 1736 16 34 MBPJ 20 MBSJ 163 313 KLANG MBSA 285 505 234 438 51 67 MPK 1127 1339 868 1045 259 294 GOMBAK MPAJ 33 33 MPS 137 308 205 103 HULU LANGAT MPKj 481 543 438 488 43 55 MPAJ 267 100 235 68 32 32 SEPANG MPs 165 164 96 95 69 69 KUALA LANGAT MPKL 277 282 124 62 KUALA SELANGOR MDKS 239 249 115 134 HULU SELANGOR MDHS 86 78 48 38 SABAK BERNAM MDSB 26 51 2 49 JUMLAH 4728 5755 3412 4522 637 1039