Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

68) PENCEMARAN SUNGAI KELANG OLEH IKS AU3

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kemukakan satu dokumentasi memuatkan semua kompaun daripada PBT dan PBN sebagai bukti penguatkuasaan telah dilaksanakan ke atas IKS AU3 kerana kegiatan pencemaran sungai sejak 2008.

    Semakan dan tindakan penguatkuasaan premis perniagaan yang beroperasi bersebelahan Sungai Klang dan IKS AU3 Keramat telah dilaksanakan pada 1 Disember 2020 hingga 4 Disember 2020 oleh Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Usahawan, Jabatan Kesihatan Alam Sekitar dan Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, MPAJ.

    Jumlah tindakan penguatkuasaan adalah seperti berikut :

    Jumlah semakan premis Jumlah Kompaun dikeluarkan Jumlah Notis Pembatalan Lesen dikeluarkan
    61 8 1

    Jumlah kompaun dikeluarkan atas kesalahan syarat lesen dari tahun 2008 hingga 2021 kepada pengusaha IKS Keramat AU3 adalah seperi berikut :

    Tahun 2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014  

    2015

    Jumlah Kompaun 1 2 10 3 2 1

     

    Tahun 2016 2017 2018 2019 2020 2021 Jumlah keseluruhan Kompaun
    JumlahKompaun 1 2 4 2 10 3 41

    Dikemukakan lampiran laporan semakan dan tindakan penguatkuasaan dilaksanakan.

Lampiran

Tiada Lampiran.