Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

65) TAPAK PELUPUSAN SISA PEPEJAL DI SELANGOR

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah jangkaan siap sepenuhnya pelupusan sisa pepejal di kawasan Jeram?

    Tapak pelupusan Jeram sediada berkeluasan 290.8 ekar menerima jumlah sisa pepejal purata didalam 3,500 metrik tan sehari dan  mula beroperasi dari tahun 2007. Tapak sediada dijangka mampu bertahan sehingga tahun 2025.

    Kerajaan Negeri pada 2018 telah meluluskan tanah seluas 200.2 ekar yang terletak bersebelahan tapak sediada untuk pembangunan Pusat Integrasi Pengurusan Sisa Pepejal (ISWMC) atau loji Waste to Energy (WTE) (30 ekar) beserta tapak pelupusan (170 ekar).

    Pusat ISWMC yang juga dikenali sebagai WTE1 dan 2 dijangka akan memulakan operasi pada tahun 2025 dengan kapasiti 2,700 metrik tan sehari . Oleh yang demikian,  mengambil kira jumlah sisa pepejal yang akan di terima di tapak pelupusan , jangkahayat tapak pelupusan jeram yang berkeluasan 170 ekar mampu menampung pelupusan sisa pepejal untuk tempoh lebih dari 30 tahun akan datang.

  2. Apakah jaminan baik pulih infra yang telah rosak akibat laluan pengangkutan sisa pepejal yang selalu menggunakan jalan kampung?

    Pihak Worldwide Holdings Berhad (WHB) sentiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan didalam membantu memastikan penyelenggaraan infrastruktur sentiasa ditahap yang memuaskan.

    Untuk makluman bagi tahun 2020 hingga kini, pihak WHB telah membelanjakan hampir RM3 juta bagi kerja- kerja menaik taraf infrstruktur ketapak di kesemua tapak -tapak pelupusan di Selangor. Pihak WHB juga telah memberikan notis peringatan kepada semua pelanggan agar menggunakan laluan yang dibenarkan sahaja untuk ketapak dan larangan masuk ketapak akan dikenakan bagi pelanggan yang tidak mematuhi arahan berdasarkan aduan dari pihak berkuasa tempatan.

  3. Apakah tanggungjawab CSR kepada penduduk yang tinggal berhampiran dengan tapak pelupusan pepejal?

    Pihak WHB pada setiap tahun telah membuat sumbangan kepada penduduk setempat samada dalam bentuk kewangan atau lain-lain bantuan termasuk kepada pihak sekolah, masjid dan persatuan penduduk. WHB juga membantu pihak berkuasa tempatan didalam melaksanakan kerja- kerja gotong royong setempat, sumbangan keperluan awam seperti tong sampah dan lain-lain yang berkaitan.

    Disamping itu, pihak WHB sentiasa memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat bagi membantu meningkatkan ekonomi penduduk tempatan.

Lampiran

Tiada Lampiran.