Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
63) PELABURAN DOMESTIK
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah nilai pelaburan yang masuk ke Negeri Selangor sejak Januari 2020 hingga sekarang mengikut kategori dan jenis pelaburan?
Bagi tempoh Januari 2020 hingga sekarang, Negeri Selangor telah mencatatkan jumlah nilai pelaburan sebanyak RM 22,447,511,340 (RM 22.45 bilion) dengan 411 projek perkilangan diluluskan. Dari jumlah ini sebanyak RM 10.43 bilion adalah daripada pelaburan tempatan dan sebanyak RM 12.02 bilion daripada pelaburan asing. Sebanyak 27,491 potensi peluang pekerjaan telah diwujudkan. Pecahan kategori dan jenis pelaburan seperti berikut;-
Kelulusan Projek Perkilangan Di Selangor Bagi Tempoh Januari 2020 hingga Mac 2021 Mengikut Kategori Industri.
Industri Bil. Projek Peluang Pekerjaan Pelaburan Tempatan (RM) Pelaburan Asing (RM) Jumlah Modal Pelaburan (RM) Food Manufacturing 51 2,360 1,117,744,062 513,227,261 1,630,971,323 Beverages & Tobacco 6 326 345,636,130 5,166,000 350,802,130 Textiles & Textile Products 15 511 205,448,771 75,831,886 281,280,657 Leather & Leather Products 3 115 40,632,612 30,207,388 70,840,000 Wood & Wood Products 9 349 85,948,470 16,105,600 102,054,070 Furniture & Fixtures 13 545 97,043,931 43,782,389 140,826,320 Paper, Printing & Publishing 31 3,525 480,734,128 5,504,069,841 5,984,803,969 Chemical & Chemical Products 44 1,948 994,281,255 471,165,445 1,465,446,700 Petroleum Products (Inc. Petrochemicals) 2 54 21,340,000 15,500,000 36,840,000 Rubber Products 23 6,658 3,324,948,876 267,429,346 3,592,378,222 Plastic Products 31 1,264 496,271,609 76,158,847 572,430,456 Non-Metallic Mineral Products 17 461 257,752,075 214,630,039 472,382,114 Basic Metal Products 7 130 110,146,405 2,634,144 112,780,549 Fabricated Metal Products 38 1,812 674,595,940 415,929,786 1,090,525,726 Machinery & Equipment 23 687 211,275,053 76,498,206 287,773,259 Electronics & Electrical Products 43 4,159 558,317,611 4,124,373,391 4,682,691,002 Transport Equipment 39 2,336 1,334,631,060 121,916,729 1,456,547,789 Scientific & Measuring Equipment 10 165 37,042,419 41,288,836 78,331,255 Miscellaneous 6 86 37,630,199 175,600 37,805,799 Jumlah 411 27,491 10,431,420,606 12,016,090,734 22,447,511,340 *Sumber : MIDA
-
Apakah usaha Kerajaaan Negeri untuk memastikan bahawa pelaburan di Selangor sentiasa diyakini oleh pelabur?
Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor selaku agensi penggalakkan pelaburan sentiasa melaksanakan berbagai program dalam usaha memastikan Negeri Selangor kekal relevan dan sentiasa diyakini oleh Pelabur. Walaupun dalam keadaan dunia dilanda Pandemik COVID-19 ketika ini, ia tidak menghalang untuk pihak Kerajaan Negeri melaksanakan program – program promosi yang telah dijadualkan dan dirancang sebelum ini menerusi pelbagai kaedah seperti webinar, persidangan dan pameran secara maya (virtual). Bagi program – program secara fizikal pula, perlaksanaan program – program tersebut mengikut SOP yang telah digariskan oleh pihak Kerajaan.
Antara usaha yang dilaksanakan dalam memastikan sektor pelaburan terus berkembang di Selangor seperti berikut;-
- Perancangan Strategik;
Perancangan Strategik dengan perlaksanaan pelan tindakan seperti pelaksanaan Pelan Tindakan Industri Aeroangkasa Negeri Selangor (Selangor Aerospace Action Plan) dan penyediaan Pelan Tindakan Bioteknologi Selangor (Selangor Biotechnology Action Plan).
- Pelaksanaan Program Promosi Penggalakkan Pelaburan
Bagi tempoh Januari hingga Julai 2021, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap telah melaksanakan sebanyak 121 program / aktiviti bagi menggalakkan aktiviti pelaburan baru dan penambahan pelaburan sedia ada. Pecahan program / aktiviti tersebut seperti:-
Bil. Program Program / Aktiviti 1. Misi Penggalakkan Pelaburan ke Luar Negara/ Lawatan Teknikal – 2. Investor Engagement Programs 14 Program 3. Mesyuarat Utama · Mesyuarat Penyelarasan Projek
· Lain – lain Mesyuarat Berkaitan
17 Mesyuarat 4. Selangor International Business Summit (SIBS) 13 Program 5. Foreign Embassy And Business Chamber Engagement Program 13 Program 6. Promosi/ Pengiklanan & Penerbitan: · Invest Selangor Berhad – 32 penerbitan
· S-Daico – 13 penerbitan
· SIBS – 19 penerbitan
64 Penerbitan
Jumlah program 121 Program Walaupun perintah larangan ke luar negara masih berkuatkuasa disebabkan Pandemik Covid 19, pihak Invest Selangor mengambil pendekatan dengan mengadakan program Virtual Investment Mission dan juga Round Table Meeting bersama pelabur berpotensi dari luar negara.
Dalam memastikan penyaluran maklumat serta mempromosikan sektor perdangan, Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor telah membangunkan Selangor Business Hub Portal serta akan menganjurkan pameran Selangor International Business Summit (SIBS) 2021 dan juga Selangor Aviation Show (SAS) 2021.
- Program – Program Menyantuni Pelabur (Investor Engagement Programs)
Selain usaha menarik pelaburan, Kerajaan Negeri juga turut membantu pihak pelabur dalam proses – proses pelaksanaan pelaburan mereka dan membantu menyelesaikan isu berbangkit menerusi mesyuarat penyelarasan projek yang diadakan setiap bulan.
Dalam menyediakan persekitaran kawasan perindustrian yang kondusif dan selesa kepada pihak pelabur, Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan mengadakan mesyuarat Industrial Park Management Committee (IPMC) bagi membantu menyelesaikan isu – isu yang berbangkit. Mesyuarat ini diadakan secara berkala setiap 3 bulan yang dipengerusikan oleh YDP / Timb. YDP.
- Penubuhan Jawatankuasa Petugas Khas Pembangunan.
Dalam membantu merancakkan pembangunan ekonomi serta perlaksaaan projek oleh pihak swasta, Kerajaan Negeri juga telah meluluskan cadangan Penubuhan Jawatankuasa Petugas Khas Pembangunan di Selangor Golden Triangle yang akan membantu menyelaras perlaksanaan pembangunan beberapa mega projek oleh pihak swasta yang melibatkan Daerah Sepang dan Kuala Langat.