Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

59) MASALAH BANJIR DI KAMPUNG RANTAU PANJANG IJOK

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha dan tindakan Kerajaan Negeri untuk mencegah air dan lumpur dari Tadahan Air HORAS yang sering berlaku di kawasan kampung merosakkan harta dan tanaman?

    HORAS 600 adalah sumber air mentah alternatif bagi keperluan air mentah tambahan sebanyak 300 juta liter sehari (JLH) kepada Sungai Selangor.

    Berhubung insiden banjir pada 19 Julai 2020 di Kampung Rantau Panjang, ianya bukan berpunca daripada aliran limpahan atau kegagalan struktur kolam takungan HORAS 600. Hasil siasatan lanjut mendapati tiada sebarang limpahan air takungan HORAS 600 yang melimpah atau mengalir ke sungai utama atau ke kawasan seperti yang dilaporkan. Berdasarkan rekod paras Sungai Selangor pada hari kejadian berada pada paras tinggi dan di dalam zon berjaga-jaga.

    Kawasan yang terjejas dengan banjir itu berada pada kawasan lembah dan sistem perparitan yang tidak efisien di kawasan tersebut menjadi punca utama air larian hujan bertakung. Ketiadaan sistem perparitan yang sempurna menyebabkan ‘backflow’ air larian yang tidak dapat mengalir ke Sungai Selangor dan menyebabkan banjir kilat. Berdasarkan maklumat yang diterima daripada pihak JPS Kuala Selangor, JPS telah menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan sistem saliran Kg. Rantau Panjang dan menaiktaraf ‘culvert outlet’ saliran ke Sungai Selangor dengan anggaran kos sebanyak RM20,000.00.

  2. Adakah spesifikasi pembinaan benteng-benteng yang sedia ada di projek HORAS cukup untuk mengelak bencana alam?

    Jawapan sama seperti di atas (a)

Lampiran

Tiada Lampiran.