Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

51) PANGSAPURI TELUK GEDUNG INDAH, PELABUHAN KLANG

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini permohonan bantuan peruntukan bagi kerja-kerja pembaikan kerosakan di Pangsapuri Teluk Gedung Indah?

    Pihak Majlis telah mengemukakan permohonan peruntukan sebanyak RM5.75 Juta kepada Pengerusi Majlis Tindakan Negeri Selangor yang kemudian memanjangkannya permohonan tersebut kepada YB Menteri KPKT pada 18 Februari 2021. Di antara kerja-kerja yang dipohon meliputi pembaikan mendapan tanah, struktur bumbung, pembaikan struktur konkrit dan lantai, mengecat bahagian luar bangunan, bumbung dan kerosakan am dan kerja-kerja pendawaian elektrik.

    Setakat ini, pihak KPKT telah meluluskan peruntukan sebanyak RM124,000.00 bagi kerja pembaikan pemegang tangga ‘handrail’ di Blok A & B, Pangsapuri Teluk Gedung Indah pada 30 April 2021.

  2. Bilakah kerja-kerja pembaikan kerosakan di pangsapuri tersebut akan dilakukan?

    Setakat ini, kerja-kerja pembaikan yang telah diluluskan berjumlah sebanyak RM124,000.00 ini dalam proses pelantikan kontraktor yang akan dimuktamadkan pada bulan September 2021.

  3. Adakah penduduk di kawasan tersebut perlu berpindah sekiranya kerja-kerja pembaikan dilakukan?

    Setakat ini, MPK tidak bercadang untuk memindahkan penduduk sekiranya kerja pembaikan dilaksanakan. Walau bagaimanapun perkara ini akan disemak dari masa ke semasa.

Lampiran

Tiada Lampiran.