Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
49) TANAH TERBIAR
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah Kerajaan Negeri ada bercadang menyenaraikan tanah-tanah terbiar yang boleh diusahakan oleh komuniti setempat untuk pertanian bagi menampung keperluan harian penduduk?
Pada masa ini, Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk menyenaraikan tanah-tanah terbiar yang boleh diusahakan oleh komuniti setempat untuk pertanian bagi menampung keperluan harian penduduk. Walau bagaimanapun, PBT ada menyediakan panduan bagi mengusahakan kebun komuniti mengikut kategori seperti tanah kawasan hijau / lapang pasif, tanah milik agensi seperti rentis TNB dan seumpamanya di mana komuniti/ ahli jawatankuasa penduduk perlu mendapat kelulusan daripada PBT dan Pejabat Daerah dan Tanah berkaitan. Bagi tanah terbiar yang merupakan tapak yang disediakan oleh pemaju untuk kemudahan awam seperti tapak sekolah, dewan, klinik, tadika surau atau masjid yang belum dibina, maka ia perlu mendapat persetujuan daripada agensi yang menjadi pemilik tanah tersebut untuk diusahakan bagi aktiviti pertanian oleh penduduk setempat.