Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

48) KOMUNIKASI KERAJAAN TEMPATAN SEMASA PKP

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan penambahbaikan sistem yang telah dilaksanakan oleh 12 PBT untuk berkomunikasi dengan stakeholders dan orang awam semasa PKP.

    Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor telah memperkenalkan beberapa penambahbaikan sistem bagi memudahkan stakeholder dan orang awam untuk berkomunikasi dan berurusan dengan PBT semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ataranya adalah seperti:

    • Penubuhan Bilik Gerakan COVID 19

    semua PBT juga telah membuka operasi Bilik Gerakan COVID-19 yang beroperasi bermula semasa tempoh PKP  bertujuan untuk memberi kemudahan kepada orang ramai membuat pertanyaan berkaitan Pematuhan Prosedur Operasi Standard COVID-19 di Negeri Selangor.

    • Sistem Temu janji

    Pengoperasian perkhidmatan kaunter secara pendaftaran janji temu (online) dengan menggunakan Google Form di mana semua urusan janji temu oleh liason officer di setiap PBT. Orang awam boleh terus menghubungi no. telefon bimbit/ no. telefon pejabat/emel pegawai yang bertugas untuk bertanyakan hal-hal berkaitan perkhidmatan di PBT semasa tempoh PKP.

    • Kaunter Drop Box

    Orang awam yang ingin berurusan dengan pihak PBT boleh menghantar dokumen melalui kotak yang disediakan mengikut Jabatan/ Bahagian.

    • Perkhidmatan secara online

    Sebarang urusan perkhidmatan dan pembayaran boleh dilaksanakan secara dalam talian. Antaranya perkhidmatan yang bayaran cukai taksiran dan pembaharuan lesen.

  2. Sila nyatakan cara bagaimana orang awam dapat tahu berkenaan sistem komunikasi baru yang diamalkan oleh PBT-PBT?

    Pihak PBT Negeri Selangor menggunakan pelbagai platform komunikasi bagi memastikan orang ramai mendapatkan maklumat atau info sepanjang tempoh antaranya menggunakan kaedah seperti berikut:-

    1. Pemerkasaan penggunaan secara hebahan infografik berkenaan senarai perkhidmatan setiap Jabatan/ Unit ke dalam portal/ laman web rasmi PBT dan laman sosial rasmi PBT seperti facebook, twitter dan instagram.
    2. Penyediaan kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh PBT kepada pihak media massa.
    3. Menggalakkan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP)/ Ahli Majlis mempromosikan komunikasi baru kepada komuniti setempat.
  3. Sila nyatakan langkah-langkah penambahbaikan.

    Langkah-langkah penambahbaikan yang dilaksanakan adalah seperti yang berikut:

    1. Melaksanakan lebih banyak program dan interaksi melalui dalam
    2. Mendidik komuniti ke arah capaian maklumat dan transaksi digital.
    3. Penambahbaikan peralatan elektronik untuk live streaming dan semua aktiviti dalam talian yang berkaitan bagi memastikan kelancaran program yang dikendalikan.
    4. Memberi latihan kepada pegawai dan petugas yang bertanggungjawab mengendalikan platform medium digital.

Lampiran

Tiada Lampiran.