Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

45) BANTUAN ANAK ISTIMEWA SELANGOR (ANIS)

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah penerima bantuan Anak Istimewa Selangor (ANIS) di Negeri Selangor? Perincikan mengikut DUN.

    Jumlah keseluruhan penerima Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (AnIS) di Negeri Selangor adalah seramai 405 orang meliputi 56 DUN di Selangor dan perincian mengikut DUN dan Kategori adalah seperti berikut:

    NO. DUN JUMLAH KATEGORI
    PENDIDIKAN PERALATAN
    1 Sungai Air Tawar 0 0 0
    2 Sabak 2 1 1
    3 Sungai Panjang 1 1
    4 Sekinchan 2 1 1
    5 Hulu Bernam 3 2 1
    6 Kuala Kubu Baru 1 1
    7 Batang Kali 5 1 4
    8 Sungai Burong 0 0 0
    9 Permatang 0 0 0
    10 Bukit Melawati 1 1
    11 Ijok 5 3 2
    12 Jeram 11 9 2
    13 Kuang 5 5
    14 Rawang 7 6 1
    15 Taman Templer 8 6 2
    16 Sungai Tua 10 7 3
    17 Gombak Setia 6 6
    18 Hulu Kelang 9 9
    19 Bukit Antarabangsa 8 7 1
    20 Lembah Jaya 7 6 1
    21 Pandan Indah 8 6 2
    22 Teratai 3 3
    23 Dusun Tua 5 3 2
    24 Semenyih 16 11 5
    25 Kajang 24 21 3
    26 Sungai Ramal 12 11 1
    27 Balakong 11 8 3
    28 Seri Kembangan 8 4 4
    29 Seri Serdang 7 5 2
    30 Kinrara 15 13 2
    31 Subang Jaya 12 11 1
    32 Seri Setia 4 3 1
    33 Taman Medan 5 3 2
    34 Bukit Gasing 4 4
    35 Kampung Tunku 0 0 0
    36 Bandar Utama 3 2 1
    37 Bukit Lanjan 10 7 3
    38 Paya Jaras 11 9 2
    39 Kota Damansara 12 10 2
    40 Kota Anggerik 24 23 1
    41 Batu Tiga 13 12 1
    42 Meru 5 5
    43 Sementa 8 6 2
    44 Selat Klang 5 4 1
    45 Bandar Baru Klang 8 6 2
    46 Pelabuhan Klang 8 4 4
    47 Pandamaran 5 4 1
    48 Sentosa 10 8 2
    49 Sungai Kandis 14 13 1
    50 Kota Kemuning 14 11 3
    51 Sijangkang 4 4
    52 Banting 5 3 2
    53 Morib 2 2
    54 Tanjung Sepat 1 1
    55 Dengkil 15 11 4
    56 Sungai Pelek 3 2 1
      JUMLAH 405 322 83

         (Kemaskini data sehingga Julai 2021 : Sumber daripada YAWAS)

  2. Nyatakan jumlah permohonan diterima dalam bantuan Anak Istimewa Selangor (ANIS) bagi Januari hingga Jun 2021.

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah permohonan yang diterima oleh YAWAS bagi tempoh Januari sehingga Julai 2021 adalah sebanyak 2,817 permohonan dengan jumlah permohonan yang telah diluluskan sebanyak 405 orang yang merangkumi dua (2) kategori berikut :

    • Kategori Pendidikan

    Sebanyak 322 permohonan yang telah diluluskan dan sedang dalam proses pembayaran terus ke pusat pendidikan seperti yang dipohon oleh pemohon; dan

    • Kategori Peralatan

    Sebanyak 83 permohonan yang telah diluluskan dan dalam proses pembelian peralatan dan akan dihantar terus kepada pemohon.

  3. Apakah kriteria utama kelulusan permohonan ANIS?

    Kriteria utama bagi kelulusan permohonan AnIS adalah pemohon menghantar dokumen permohonan yang lengkap dan mengikut tarikh yang ditetapkan oleh pihak YAWAS. Dokumen umum yang lengkap adalah seperti berikut:

    1. Salinan kad pengenalan pemohon (ibu/ bapa/ penjaga);
    2. Salinan kad pengenalan pasangan;
    3. Salinan sijil daftar/ kad nikah ibu bapa anak OKU/ surat perakuan anak angkat;
    4. Salinan kad pengenalan anak istimewa berumur 18 tahun ke bawah;
    5. Salinan kad OKU dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau surat pengesahan doktor berkenaan masalah anak (bagi yang tiada kad OKU);
    6. Borang pengesahan pemastautin yang disahkan;
    7. Salinan semakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai dokumen pengundi Selangor.

    Bagi permohonan AnIS kategori pendidikan, dokumen sokongan tambahan yang diperlukan adalah :

    1. Salinan surat tawaran pusat terapi;
    2. Salinan sebut harga pusat terapi; dan
    3. Salinan penyata bank pusat terapi.

    Manakala bagi permohonan AnIS kategori peralatan, dokumen sokongan tambahan yang diperlukan adalah mempunyai preskripsi doktor memandangkan peralatan yang akan dibekalkan adalah berdasarkan preskripsi yang dinyatakan.

Lampiran

Tiada Lampiran.