Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

38) PERUNTUKAN ADUN PEMBANGKANG

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan perbelanjaan Kerajaan Negeri Selangor ke atas bakul makanan bagi mendepani COVID-19 mengikut daerah bagi tahun 2021.

    Di bawah pakej Kita Selangor 1.0 dan 2.0, Kerajaan Negeri telah mengumumkan pelaksanaan inisiatif Bakul Makanan melalui peruntukan mesra rakyat Ahli Dewan Negeri, Ahli Parlimen dan MPKK. Sehingga 16 Ogos 2021, keseluruhan peruntukan yang telah dibelanjakan adalah berjumah RM10.03 juta. Agihan peruntukan bakul makanan ini mengikut daerah adalah seperti berikut:

    BIL DAERAH ADN PARLIMEN MPKK JUMLAH  
    1 PETALING    1,826,594.25    373,091.42       224,897.59     2,424,583.26
    2 KLANG       950,000.00    100,000.00       338,300.00     1,388,300.00
    3 GOMBAK       750,000.00      40,000.00       359,232.00     1,149,232.00
    4 HULU LANGAT    1,226,000.00    124,600.00       205,000.00     1,555,600.00
    5 SEPANG       100,000.00      50,000.00         90,000.00        240,000.00
    6 KUALA LANGAT       412,921.83      10,000.00       240,000.00        662,921.83
    7 KUALA SELANGOR       635,802.29      60,000.00       575,000.00     1,270,802.29

     

    8 HULU SELANGOR       210,464.45      50,000.00       233,620.00        494,084.45
    9 SABAK BERNAM       440,978.00                   –       410,226.20        851,204.20
      JUMLAH    6,552,760.82    807,691.42    2,676,275.79   10,036,728.03

     

    Selain peruntukan yang disediakan dibawah peruntukan mesra rakyat ini, Kerajaan Negeri juga menyediakan peruntukan bakul makanan khusus kepada kumpulan sasar seperti pemandu bas sekolah, petani dan lain – lain dengan jumlah peruntukan adalah sebanyak RM2.33 juta. Namun begitu data penerima dibawah program ini tidak dapat disediakan mengikut daerah. Peruntukan Bakul Makanan yang diperuntukkan dalam Pakej Kita Selangor selain daripada peruntukan mesra rakyat adalah seperti berikut:

    BIL JENIS PROGRAM BAKUL MAKANAN PERUNTUKAN

    (RM)

    JUMLAH PENERIMA
    1 Orang Asli 200,000.00 6485
    2 Pemandu Teksi dan Bas Sekolah 533,900.00 5339
    3 Penduduk PPR Selangor 1,000,000.00 5639
    4 Pemandu Lori dan Krew Pembersihan KDEB 109,538.00 9958
    5 Petani, penternak, nelayan dan pengusaha IAT 490,000.00 7000
      JUMLAH 2,333,438.00 34421
  2. Apakah usaha Kerajaan Negeri Selangor untuk menaikkan RM50,000 ke RM100,000 kepada pembangkang?

    Untuk makluman semua Yang Berhormat Ahli- Ahli Dewan Negeri, sepertimana yang diumumkan dalam inisiatif bakul makanan yang terkandung dalam Pakej Kita Selangor 2.0 yang lalu, peruntukan mesra rakyat bagi semua Ahli Dewan Negeri termasuk Ahli Dewan Negeri Pembangkang sebanyak RM50,000.00. Pertambahan peruntukan ini adalah sejajar dengan pandangan dan permintaan dari Ahli – Ahli Dewan Negeri yang masih memerlukan peruntukan untuk disalurkan kepada rakyat khususnya bagi tujuan menjayakan program Bakul Makanan. Oleh yang demikian, permohonan Ahli Dewan Negeri Pembangkang untuk menambah lagi peruntukan sehingga ke RM100,000.00 akan diteliti dan dipertimbangkan pada masa hadapan berdasarkan keperluan semasa dan juga bergantung kepada prestasi dan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.