Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
35) PUSAT KUARANTIN COVID-19
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor bersedia untuk membuka pusat kuarantin COVID-19 dengan pemantauan serta pengawasan yang lebih bersepadu dan sistematik?
Kerajaan Negeri mengendalikan dua jenis pusat kuarantin bagi menguruskan pemantauan serta pengawasan pandemik Covid-19 iaitu melalui pengoperasian Pusat Kuarantin & Rawatan Covid-19 (PKRC) bagi kes positif Covid-19 dan Stesen Kuarantin (QS) serta Institut Latihan Awam (ILA) bagi kuarantin wajib Person Under Surveillance (PUS) yang kembali dari Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) termasuk Seafarers dari pelabuhan antarabangsa.
Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC)
Kerajaan Negeri telah dilantik sebagai Pengerusi Bersama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam mengoperasikan PKRC Malaysia Agro Exposition Park (MAEPS), Serdang iaitu PKRC awam bagi zon tengah (Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka). Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) juga telah dipertanggungjawabkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk membuat penilaian ke atas permohonan pembukaan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Swasta (PKRCS) dan seterusnya meluluskan pengoperasian PKRCS yang dikendalikan oleh operator kesihatan swasta bagi membantu meringankan beban PKRC Awam. Sehingga 5 Ogos 2021, 6 buah PKRCS telah diluluskan beroperasi seperti berikut :
PKRC
- Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Sepang (Kapasiti:3,946)
PKRCS
- The Club, Hotel Saujana Subang (Kapasiti : 350 orang)
- Hotel Royale Chulan Damansara (Kapasiti : 350 orang)
- iii. Hotel Bangi Resort (Kapasiti : 630 orang)
- Hotel Concorde, Shah Alam (Kapasiti : 350 orang)
- Hotel Geno Subang (Kapasiti : 350 orang)
- Hotel Empire Subang (Kapasiti : 350 orang)
Stesen Kuarantin (QS)
Stesen Kuarantin bagi keperluan Person Under Surveillance (PUS) yang kembali dari Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) termasuk Seafarers dari pelabuhan antarabangsa yang perlu melengkapkan tempoh kuarantin wajib sebaik tiba di tanah air telah dioperasikan di Selangor. Sebuah Stesen Kuarantin Awam juga telah dioperasikan iaitu di Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP), Bangi bagi tujuan yang sama. Sehingga 13 Ogos 2021, 11 buah QS telah diluluskan beroperasi seperti berikut :
Petaling
- Hotel PJ Hilton
- Hotel Grand Doorset
- Hotel Summit Subang
- Hotel Crystal Crown PJ
- Hotel Sunway Clio
- Hotel Pegasus
- Hotel Hilton Garden Inn
Sepang
- Hotel Sama Sama
- Hotel Marriott Putrajaya
- Hotel Movenpick & Convention Center KLIA
Hulu Langat
- Hotel Oriental Crystal