Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

33) STATUS PERMOHONAN PEMBAIKAN JALAN MISKAM DAN JALAN KENANGAN SURAU MAKMUM

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status permohonan untuk menurap dan membaiki semula Jalan Miskam dan Jalan Kenangan (Jalan Surau Makmum) yang sudah tertangguh sekian lama?

    Pejabat Daerah/Tanah Klang telah membuat semakan dan mendapati sebahagian Jalan Miskam merupakan jalan persendirian.

    Sebahagian Jalan Kenangan yang terletak berhadapan Surau Makmum juga adalah di atas tanah persendirian dan merupakan sebahagian Lot 71862, Mukim Kapar.

    Sehubungan itu, bagi membolehkan permohonan membaikpulih jalan tersebut dipertimbangkan dan diproses, pemilik tanah perlu membuat serahan sebahagian tanah untuk tujuan jalan atau mengemukakan permohonan izin lalu.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.