Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
32) JANGKITAN COVID-19 KLUSTER INDUSTRI
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa banyakkah kilang-kilang industri yang tidak mematuhi SOP pencegahan jangkitan COVID-19 di Selangor?
Sebanyak 2,457 premis yang telah diperiksa oleh agensi KKM, MITI, KPDNHEP dan PBT (tiada data pemeriksaan premis). Dari jumlah tersebut, sebanyak 455 (18.5%) tawaran kompaun yang telah dikeluarkan ke atas pemilik premis dan 237(9.6%) buah premis telah diberikan arahan penutupan dibawah Seksyen 18 (1)(f) (data tindakan penutupan ini hanya dijalankan oleh pihak KKM – 129 dan MITI – 108 sahaja).
(Tiada data aktiviti operasi ke atas premis dari pihak PDRM dan DOSH. Pejabat Daerah dan Tanah, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Imigresen TIDAK menjalankan pemeriksaan / penguatkuasaan ke atas premis).
Berikut dilampirkan jumlah kumulatif pemeriksaan,kompaun dan penutupan kilang mengikut daerah mulai 13 Julai 2021 sehingga 23 Ogos 2021 oleh JKN Selangor.
UIPN PTG KLG GBK HL KL HS KS SPG SBK JUMLAH Bil. Kilang Diperiksa : 15 35 28 30 28 14 42 5 9 14 220 Bil. Kilang Dikompaun : 5 17 5 3 7 2 0 2 1 0 42 Bil. Kilang Ditutup : 3 6 7 4 17 11 15 0 2 14 79 Bagi data aktiviti operasi pemeriksaan tahap kepatuhan SOP MKN ke atas sektor pembuatan, sebanyak 220 sektor telah dijalankan pemeriksaan oleh pasukan penguatkuasaan oleh JKN Selangor.Terdapat 121 premis 9555) yang tidak mematuhi SOP
Daripada jumlah tersebut, didapati sebanyak 42 (19%) sektor yang telah dikeluarkan kompaun diatas melakukan kesalahan engkar SOP yg telah digariskan didalam SOP Sektor Pembuatan. Ini adalah bagi sektor yang melakukan kesalahan minor (kurang dari tiga (3) kesalahan yang ditemui sepertimana digariskan dalam SOP)
Sebanyak 79 (36%) buah sektor pembuatan yang telah diberikan arahan penutupan dibawah Seksyen 18(1)(f) disebabkan melakukan kesalahan major (melakukan tiga (3) atau lebih kesalahan didalam SOP). Arahan Penutupan ini dikeluarkan selama tempoh tujuh (7) Hari dan pemilik industri turut diberikan arahan kerja Dan penambahbaikan untuk diselesaikan dalam tempoh penutupan tersebut.
Ini menjadikan 99 (45%) buah sektor pembuatan yang mematuhi kesemua SOP MKN yang telah ditetapkan. Pemeriksaan tahap kepatuhan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan semua industri beroperasi dalam keadaan yang mematuhi SOP dan peruntukan Undang-undang.
-
Berapa ramai yang disyaki dijangkiti di dalam industri semasa mereka bekerja?
Bermula Julai 2021, terdapat seramai 53571 orang pekerja telah dikenalpasti positif covid melalui saringan-saringan yang dijalankan di tempat kerja masing-masing. Saringan-saringan ini dijalankan samada oleh pihak majikan sebagai persediaan sebelum masuk ke tempat kerja, saringan kontak rapat kepada rakan kerja yang positif mahupun saringan kendiri oleh pekerja itu sendiri di fasiliti-fasiliti kesihatan swasta.
Secara kasarnya, jumlah tersebut menjadikan sebanyak 17.1% kes yang dikenalpasti di Selangor (dari 313075 kes bermula Julai 2021 sehingga kini) adalah dari pekerja-pekerja industri.
Daripada jumlah yang pekerja industri yang dinyatakan:
- 62% adalah terdiri dari pekerja di sektor perkilangan (33,214 orang)
- 5% adalah terdiri dari pekerja di sektor perkhidmatan (7768 orang)
- 5% adalah terdiri dari pekerja di sektor pembinaan (7232 orang)
- 10% adalah terdiri dari pekerja di sektor perdagangan (5357 orang)