Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

30) MENJAUHKAN ADN DARI RASUAH

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan akan melaksanakan program ala-retreat berikut: 'Modul Khas Selangor Sifar Rasuah - Sepakat Kita Tolak Rasuah'(a) Prinsip dan nilai agama taklimat JAIS(b) Undang-undang tentang rasuah taklimat SPRM (c) Kajian kes rasuah(d) Ikrar dan Isytihar Harta

    Soalan ini dijawab bersekali dengan Soalan Bertulis Bilangan 114. Buat masa ini, tiada perancangan untuk melaksanakan program seumpama berikut. Namun demikian, cadangan mengadakan program tersebut disambut baik dan akan dipertimbangkan untuk dilaksanakan dengan kerjasama daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

    Dalam pada itu, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan dengan kerjasama daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memastikan keberkesanan usaha memerangi rasuah seperti berikut:

    1. Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) melibatkan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), Ahli Dewan Undangan Negeri, Jabatan dan Anak Syarikat Kerajaan Negeri.
    2. Memastikan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) menandatangani Borang Pengisytiharan Kepentingan setiap kali Mesyuarat MMKN diadakan.
    3. Penempatan pegawai SPRM di Unit Integriti Pejabat SUK Selangor bagi tujuan pengesanan dan pengesahan aduan integriti.
    4. Penubuhan Unit Integriti/ Pegawai Integriti di Jabatan/ Agensi di bawah Pentadbiran SUK Selangor bagi tujuan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa serta pembudayaan integriti.
    5. Penubuhan Bahagian Audit Dalam bagi menjalankan audit pengurusan kewangan dan audit pengurusan prestasi di Pentadbiran SUK Selangor.
    6. Mewajibkan semua Jabatan/ Agensi di bawah Pentadbiran SUK Selangor melaksanakan Pelan Pengurusan Risiko Rasuah (CRM) dan Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP).
    7. Mewajibkan semua anak syarikat Kerajaan Negeri untuk menguatkuasakan Liabiliti Korporat di bawah Seksyen 17A Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009.
    8. Mengadakan kursus/ seminar/ bengkel berhubung tatakelakuan dan salah laku rasuah.
    9. Mengedarkan risalah-risalah berkaitan tatakelakuan dan salah laku rasuah.
    10. Menyediakan saluran aduan integriti yang melibatkan penjawat awam melalui e-mel, telefon, faks, surat dan secara bersemuka di Unit Integriti bagi memudahkan penyaluran aduan integriti.

Lampiran

Tiada Lampiran.