Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
18) PAKEJ KITA SELANGOR 2.0
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status terkini pelaksanaan program dan inisiatif Kita Selangor 2.0 setakat ini?
Pakej Kita Selangor 2.0 telah diumumkan pada 9 jun yang lalu yang melibatkan 26 inisiatif. Sehingga 16 Ogos 2021, sebanyak RM236.63 juta bersamaan 42.9% telah dibelanjakan daripada peruntukan keseluruhan sebanyak RM551.56 juta dan telah memberi manfaat kepada 496,800 penerima. Sejak ia diperkenalkan pada 9 Jun yang lalu, sebanyak 3 inisiatif telah selesai sepenuhnya iaitu:
- Moratorium Usahawan Hijrah Selangor Selama Satu Setengah Bulan yang memberi implikasi kewangan sebanyak RM11.35 juta;
- Penangguhan Bayaran Sewa PPR Dan Smart Sewa selama satu bulan iaitu bulan Julai 2021 yang memberi implikasi kewangan RM900 ribu;
- Penangguhan Bayaran Pinjaman Pelajaran Biasiswa Yayasan Selangor yang memberi implikasi kewangan RM1.0 juta.
Baki 23 inisiatif sedang dalam pelaksanaan dan perincian setiap inisiatif adalah seperti di LAMPIRAN A.
LAMPIRAN A
PRESTASI PELAKSANAAN PAKEJ KITA SELAGOR 2.0 SEHINGGA 16 OGOS 2021
BIL INISIATIF IMPAK KEWANGAN
(RM)JUMLAH YANG TELAH DIBELANJAKAN
(RM)PERATUS BELANJA JUMLAH PENERIMA 1 PROGRAM BAKUL MAKANAN 8,590,000.00 PERUNTUKAN KHAS PROGRAM MESRA RAKYAT: ADUN
(RM5,600,000.00)5,600,000.00 1,715,748.95 30.6% 32,402 Ahli Parlimen
(480,000.00)480,000.00 99,231.10 20.7% 2,481 MPKK
(RM2,510,000.00)2,510,000.00 603,582.00 24.0% 13,208 2 BANTUAN KEWANGAN KEPADA KELUARGA PESAKIT COVID19 YANG MENINGGAL DUNIA 1,500,000.00 – 0.0% – 3 BANTUAN KHAS RM500 ORANG KURANG UPAYA (OKU) 600,000.00 171,500.00 28.6% 343 4 MORATORIUM USAHAWAN HIJRAH SELANGOR SELAMA SATU SETENGAH BULAN (1.5 BULAN)
11,350,000.00 11,350,000.00 100% 40,000 5 HOTLINE KHUSUS ADUAN KEGANASAN RUMAHTANGGA 100,000.00 – – – 6 PENANGGUHAN BAYARAN BALIK
PINJAMAN PELAJARAN BAGI GRADUAN TAHUN 20211,300,000.00 73,064.00 5.6% 53 7 PROGRAM TUISYEN RAKYAT SELANGOR ‑PTRS 2,100,000.00 2,173,500.00 100% 30,000 8 PORTAL ePTRS.MY 500,000.00 – – 33,737 9 PENANGGUHAN BAYARAN SEWA PPR DAN SMART SEWA 900,000.00 900,000.00 100% 3,109 10 BANTUAN KHAS BUAT PENGUSAHA DAN GURU PENDIDIKAN AWAL ‑TADIKA PENGUSAHA TADIKA 458,100.00 – 0% – GURU TADIKA 1,529,550.00 11 BANTUAN MAHASISWA SELANGOR 1,500,000.00 918,400.00 61.23% 4,592 12 PENANGGUHAN BAYARAN PINJAMAN PELAJARAN BIASISWA YAYASAN SELANGOR 1,000,000.00 1,000,000.00 100% 286 13 DATA INTERNET SELANGOR 17,500,000.00 – 0% – 14 SKIM INTERNET SELANGOR KATEGORI M40 ‑(SISM40) – – – – 15 SELANGOR ADVANCE ‑
(TAMBAHAN DANA)200,000,000.00 – 0.0% – 16 PROGRAM JAMINAN BEKALAN MAKANAN 10,000,000.00 – 0.0% – 17 PROGRAM AGRO PRIHATIN 1,500,000.00 553,635.00 36.9% 157 18 PROGRAM PENINGKATAN HASIL 1,930,000.00 – 0.0% 19 PINJAMAN HIJRAH SELANGOR 80,000,000.00 35,018,000.00 43.8% 3,501 20 PLATS SELANGOR – – – 21
PAKEJ RANGSANGAN INDUSTRI
PELANCONGAN NEGERI SELANGOR 2.02,550,000.00 – – Geran Bantuan Kewangan Program / Aktiviti
Pelancongan Negeri Selangor2,550,000.00 – – – Baucar Pelancongan Negeri Selangor 2.0 – – Program Latihan Pembelajaran Pendigitalan
Pelancongan Negeri Selangor– – Bantuan Kewangan ‘One-off’ kepada Persatuan Pelancongan di Negeri Selangor. – – 22 UJIAN SARINGAN COVID19 KOMUNITI FASA 3 10,700,000.00 6,340,050.00 59.3% 70,445 23 HOME ASSESSMENT TOOL 1,250,000.00 84,250.00 6.7% 337 24 REBAT PENGANGKUTAN BAGI PENGAMBILAN VAKSIN 1,000,000.00 38,725.00 3.9% 9,737 25 KAWALAN KESIHATAN DI TEMPAT KERJA 500,000.00 – 0.0% – 26 SELANGOR COVID19 VACCINATION
PROGRAM ‑(SCVP)200,000,000.00 175,600,000.00 87.8% 252,412 JUMLAH 551,600,000.00 236,639,686.05 42.90% 496,800 -
Adakah kerajaan akan memberi penambahan peruntukan dan menyediakan komponan-komponan inisiatif baru dalam Paket Kita Selangor 2.0?
Kerajaan Negeri memahami tekanan kewangan yang dihadapi oleh rakyat semenjak bermulanya pandemik Covid-19 pada Februari tahun lalu. Ramai rakyat yang mengalami pengurangan pendapatan malahan terdapat juga sebahagian rakyat yang kehilangan pendapatan secara total apabila kehilangan pekerjaan dan terpaksa melalui kehidupan dengan serba kekurangan. Tekanan kewangan akibat daripada kehilangan pendapatan ini bukan sahaja dialami oleh rakyat tetapi juga turut dialami oleh Kerajaan Negeri apabila pendapatan Kerajaan Negeri telah berkurang dengan ketara pada tahun ini. Ini adalah susulan dari pelbagai program/inisiatif yang telah diumumkan seperti pengurangan/pengecualian cukai, penangguhan bayaran dan lain-lain.
Oleh itu, dalam merencana bantuan yang akan disediakan kepada rakyat, Kerajaan Negeri juga perlu mengambilkira kedudukan kewangan Kerajaan Negeri. InsyaAllah, Kerajaan Negeri akan sentiasa membantu rakyat dalam menempuhi tempoh sukar yang disebabkan oleh pandemik Covid-19 ini. Apa jua bantuan/inisiatif yang akan diumumkan oleh Kerajaan Negeri pada masa akan datang akan mengambil kira kedudukan kewangan Kerajaan Negeri. Untuk itu Kerajaan Negeri mengalu-alukan sebarang cadangan oleh Ahli Dewan Negeri dalam merencanakan bantuan yang perlu dan sesuai untuk disampaikan kepada rakyat.