Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

13) TANAH PERTANIAN DI FRUIT VALLEY

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk mengusahakan tanah pertanian yang masih kosong di Fruit Valley ?

    Selangor Fruit Valley (SFV) adalah lading PKPS berkeluasan 946 hektar yang terletak di Bestari Jaya, Selangor. Daripada jumlah keluasan itu sebanyak 359 hektar diperuntukkan untuk usahawan tani manakala 587 hektar lagi diusahakan sendiri oleh PKPS. Untuk makluman, buat masa ini tiada tanah pertanian yang masih kosong di SFV.

  2. Apakah kriteria yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri kepada pemohon-pemohon?

    Kriteria yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri kepada pemohon-pemohon adalah seperti berikut :

    1. Warganegara Malaysia
    2. Mempunyai minat dan komited untuk menjalankan aktiviti pertanian
    3. Mempunyai sumber kewangan yang cukup bagi memulakan aktiviti pertanian
    4. Mempunyai syarikat berdaftar dengan SSM yang menyatakan kod bidang pertanian sebagai salah satu aktiviti syarikat
    5. Menyatakan pelan perancangan aktiviti pertanian yang hendak dijalankan termasuk aliran tunai kewangan

    Untuk makluman juga, setiap permohonan bagi sewaan atau pajakan tanah SFV akan melalui proses dan tatacara kelulusan tawaran penyewaan dan pajakan tanah PKPS. Setiap pemohon akan dipanggil untuk sesi temuduga dan diminta untuk menyediakan kertas cadangan. Permohonan kemudian akan dinilai oleh Jawatankuasa Penilaian Dalaman Pelaburan Strategik dan Projek Khas PKPS yang dianggotai oleh pengurusan kanan PKPS.

Lampiran

Tiada Lampiran.