Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

10) STATUS STADIUM SHAH ALAM

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status pembaikan Stadium Shah Alam ?

    Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri yang bersidang pada 9 Jun 2021 telah bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Pemandu Pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam bagi memantau perlaksanaan Pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA). Jawatankuasa Pemandu ini dipengerusikan oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri. Jawatankuasa Pemandu ini disokong oleh beberapa Jawatankuasa Kerja yang terdiri daripada Jawatankuasa Pembangunan Sukan, Jawatankuasa Perancangan & Teknikal, Jawatankuasa Kewangan dan Jawatankuasa Perundangan. Jawatankuasa Kerja ini ditubuhkan bagi memastikan segala kepentingan kerajaan dan rakyat Selangor diperincikan di dalam pelaksanaan Pembangunan tersebut.  Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri juga bersetuju untuk menubuhkan Unit Projek Khas (UPK) di bawah Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI Selangor) untuk pelaksanaan Pembangunan KSSA bagi pihak kerajaan Negeri Selangor. Unit ini bertindak sebagai Pengurus Projek bagi memastikan pembangunan KSSA dilaksanakan secara teratur dan komprehensif untuk memberikan nilai, pulangan serta manafaat yang tinggi kepada Kerajaan serta rakyat Selangor amnya. Pada masa kini, Jawatankuasa-jawatankuasa Kerja telah mula mengambil tindakan dan pihak Unit Projek Khas akan menyediakan ‘Request for Proposal’ (RFP) untuk disyaratkan kepada pemaju-pemaju dengan mengambilkira keperluan kerajaan dan kepentingan rakyat Selangor. Ini termasuk mengambil kira pembaikan stadium, pembangunan Youth Sport City dan lain-lain pembangunan yang sesuai. Mengikut perancangan yang telah ditetapkan, adalah dijangkakan bahawa kita akan dapat melihat perkembangan fizikal di Kompleks Sukan Shah Alam pada tahun 2022.

  2. Apakah status terkini Youth Sports City yang dibangunkan melalui Kerjasama Awam Swasta atau Public-Private Partnership (PPP)?

    Jawapan sama seperti diatas (a)

Lampiran

Tiada Lampiran.