Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
6) JKM
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa kakitangan JKM yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Selangor? Apakah jawatan yang dipegang kakitangan tersebut?
Berdasarkan rekod yang diperolehi, berikut adalah pecahan jumlah kakitangan di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Negeri Selangor :
BIL TAHUN TETAP KONTRAK PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH) JUMLAH KESELURUHAN 1) 2021 (sehingga Jun 2021) 76 4 2 82 -
Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menangani isu keterbebanan JKM dan menambah bilangan pekerja sosial?
Waran penjawatan terakhir JKMNS telah diluluskan pada 28 Februari 2017. Sehubungan dengan ini, JKMNS akan berbincang dengan pihak Kerajaan Negeri untuk mempertimbangkan penstrukturan semula penjawatan jabatan ini dengan mangambil kira bebanan kerja sedia ada yang sangat tinggi dan semakin kompleks. Penstrukturan semula penjawatan ini diharap dapat mengambil kira penambahan bilangan pekerja sosial dan melancarkan perkhidmatan jabatan kepada kumpulan sasaran yang terlibat.
Pihak Kerajaan Negeri pada kelazimannya akan membuat kajian dan penstrukturan semula penjawatan di jabatan sekurang – kurangnya dalam tempoh 5 tahun. Bagi penstrukturan dan pengukuhan sesuatu jabatan adalah tertakluk dasar yang sedang berkuatkuasa.