Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
9 November hingga 11 November 2011 dan 14 November hingga 17 November 2011
93) BAYARAN PREMIUM UNTUK MELANJUTKAN PAJAKAN TANAH
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun:
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Siapakah yang telah memformulasikan dan melaksanakan formula terkini untuk mengira kadar bagi bayaran premium untuk melanjutkan pajakan tanah dan sejak bila formula ini telah digunakan?
-
Apakah jawapan pihak kerajaan negeri terhadap perbahasan pihak awam bahawa kadar bagi premium patut diselaraskan pada kadar yang berpatutan, sebagai contoh, RM2.50 untuk satu meter persegi?
-
Apakah jawapan pihak kerajaan negeri terhadap perbahasan pihak awam bahawa tanah Petaling sepatutnya adalah tanah pertanian dan pemilikan persendirian oleh Petaling Berhad dan seharusnya dijadikan tanah pegangan kekal (freehold)?