Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
9 November hingga 11 November 2011 dan 14 November hingga 17 November 2011
52) PERUMAHAN TERBENGKALAI
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun:
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Terdapat banyak projek perumahan terbiar / terbengkalai di Negeri Selangor antaranya di kawasan Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa. Apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri terhadap projek perumahan terbiar / terbengkalai ini ?
-
Bolehkah dijelaskan apakah status dan kemajuan rumah-rumah tersebut?
-
Bagaimanakah cara Kerajaan Negeri membantu bagi projek perumahan terbiar / terbengkalai ini ?