Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
9 November hingga 11 November 2011 dan 14 November hingga 17 November 2011
106) UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah merudumnya jumlah kemasukan pelajar ke UNISEL adalah disebabkan hilang kepercayaan rakyat terhadap kerajaan negeri yang lebih mengutamakan politik daripada anak bangsa di Selangor?
-
Sejauh mana campur tangan Menteri Besar dalam mengeluarkan arahan kepada bekas Naib Canselor berhubung peletakan jawatan tiga pegawai UNISEL?
-
Apakah usaha kerajaan negeri untuk meningkatkan fungsi UNISEL menjadi hub-ilmuan yang berwibawa di Selangor dan peringkat rantau antarabangsa dan adakah untuk merealisasikan ini kerajaan mensyaratkan Naib Canselor menjadi ahli Pakatan Rakyat?