Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
9 November hingga 11 November 2011 dan 14 November hingga 17 November 2011
66) HOTEL BAJET
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah syarat-syarat utama yang harus dipatuhi sebelum lesen-Iesen operasi dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan?
-
Berapakah bilangan hotel bajet yang beroperasi dan tidak berlesen terdapat di sekitar Negeri Selangor mengikut kawasan Pihak Berkuasa Tempatan sehingga bulan September 2011?
-
Apakah tindakan yang telah diambil pihak PBT ke atas hotel-hotel tersebut yang telah beroperasi tanpa lesen?