Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008
106) AIR PERCUMA
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bilakah air percuma 20 meter padu boleh dinikmati oleh penduduk yang menggunakan meter pukal?
Bagi pemberian 20 meter padu air secara percuma, pemegang akaun meter pukal bagi
kondominium/pangsapuri/rumah pangsa iaitu pihak pengurusan bangunan (MC)
hendaklah mengemukakan permohonan kepada SYABAS untuk migrasi dari akaun
meter pukal ke akaun meter individu. Dalam pada hal ini, Kerajaan Negeri dan SYABAS
tidak boleh memaksa MC berbuat demikian.
Tiada jangka masa tertentu yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri ataupun SYABAS
bagi penukaran meter pukal kepada meter individu. Program ini bergantung
sepenuhnya pada pihak MC yang bersedia untuk mengemukakan permohonan migrasi
meter. Jika penduduk ingin menikmati segera pemberian 20 meter padu air secara
percuma ini, mereka hendaklah berbincang dengan pihak MC untuk mempercepatkan
proses migrasi meter tersebut. -
Adakah pemberian air percuma menjadi beban kepada Kerajaan Negeri dalam masa jangka panjang? Berikan butir-butir
Kos pemberian air percuma tidak menjadi beban kepada Kerajaan Negeri kerana
melalui penstrukturan semula bekalan air di Negeri Selangor oleh KDEB (seawal Januari
2009), berkemungkinan kos pembelian air daripada operator dapat dikurangkan dan
seterusnya tarif air kepada SYABAS juga dapat dikurangkan. Kos-kos ini adalah
elemen utama yang akan diambil kira di dalam model kewangan bagi program
penstrukturan air di Selangor tersebut. -
Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh bagi memastikan bekalan air mencukupi bagi rakyat Selangor dalam masa 10 tahun yang akan datang?
Kerajaan Negeri Selangor telah menyediakan data-data dan kajian berhubung bekalan
air bagi penduduk di Negeri Selangor sehingga tahun 2020. Melalui kajian tersebut,
sumber air di Negeri Selangor dijangka dapat bertahan dan mencukupi sehingga 10
tahun yang akan datang terutama setelah menerima bekalan air mentah melalui Projek
Pemindahan Air Mentah Dari Pahang Ke Selangor Tahun 2013. Maklumat tambahan
adalah seperti di Lampiran.