Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008
105) BANGUNAN YANG DIBINA DIATAS KAWASAN LAPANG DI TEPI JALAN BUNGA TANJONG 10 TAMAN MUDA
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Pihak yang mana memiliki bangunan tersebut?
Persatuan Penjaja / Peniaga Kecil Taman Muda Selangor.
-
Sila nyatakan status tanah tersebut.
Status tanah dimana bangunan itu dibina adalah di atas rezab zon penampan (’buffer
zone’) dan rezab longkang. -
Apakah tindakan yang telah diambil dan bila tindakan akan diambil jika bangunan itu dibina secara haram.
Pihak Majlis telah membuat semakan dan bancian berkaitan untuk mengeluarkan permit
kepada peniaga tersebut kerana pembinaan telah diluluskan di dalam Mesyuarat
Jawatankuasa Perancangan dan Pelan Bangunan pada 30 Ogos 2005. Tindakan boleh
diambil sekiranya pemilik bangunan (Persatuan Penjaja / Peniaga Kecil Taman Muda
Selangor) tidak memperbaharui permit dari tahun ke tahun.