Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

103) PENSWASTAAN TEMPAT LETAK KERETA PBT

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa banyak konsesi penswastaan tempat letak kereta ditandatangani di kesemua 12 pihak berkuasa tempatan di Selangor sehingga sekarang dan siapakah syarikat-syarikat ini?

    Konsesi penswastaan tempat letak kereta diberi kepada dua (2) syarikat iaitu
    Syarikat Suasa Efektif (M) Sdn. Bhd. (SESB) dan Syarikat Godell Parking Sdn.
    Bhd. (GPSB). Perjanjian-perjanjian adalah ditandatangani antara pihak
    berkuasa tempatan (PBT) dengan syarikat-syarikat berkenaan bermula pada
    tahun 1998. Tempoh konsesi adalah dua puluh lima (25) tahun bagi SESB dan
    dua puluh (20) tahun bagi GPSB.

    Syarikat Suasa Efektif (M) Sdn. Bhd. diberi konsesi bagi Pihak Berkuasa Tempatan
    (PBT) berikut:-
    i) Majlis Bandaraya Shah Alam
    ii) Majlis Perbandaran Klang
    iii) Majlis Perbandaran Selayang
    iv) Majlis Perbandaran Ampang Jaya
    v) Majlis Perbandaran Kajang
    vi) Majlis Perbandaran Sepang (belum beroperasi)
    vii) Majlis Daerah Kuala Selangor (belum beroperasi)
    Syarikat Godell Parking Sdn. Bhd. pula diberi konsesi bagi PBT berikut:-
    i) Majlis Bandaraya Petaling Jaya
    ii) Majlis Perbandaran Subang Jaya
    iii) Majlis Daerah Kuala Langat
    iv) Majlis Daerah Hulu Selangor (belum beroperasi)
    v) Majlis Daerah Sabak Bernam (belum beroperasi)

  2. Apakah pulangan yang bakal kerajaan dapat?

    Pulangan oleh syarikat kepada kerajaan/pihak berkuasa tempatan (PBT) adalah
    bayaran sewa tetap petak kepada PBT, 30% hasil kutipan kompaun yang berjaya dikutip
    oleh syarikat diserahkan kepada PBT, bayaran 4% setiap tahun kepada PBT dan hasil
    perkongsian keuntungan berdasarkan kepada perjanjian yang ditandatangani oleh
    syarikat dengan PBT masing-masing.
    Melalui penswastaan tempat letak kereta ini, kerajaan/pihak berkuasa tempatan
    mendapat pulangan dengan tidak perlu mengeluarkan sebarang kos operasi iaitu bagi
    penyediaan sistem tempat letak kereta sebaliknya kos-kos ini ditanggung oleh syarikat
    berkenaan. Penjimatan ini membolehkan pihak berkuasa tempatan menumpukan
    penggunaan budget bagi perkara lain.
    Kerajaan/pihak berkuasa tempatan juga memperoleh pendapatan bersih tanpa
    mengeluarkan kos bagi pengutipan hasil tempat letak kereta. PBT mendapat penjimatan
    kos operasi, kos penyelenggaraan Hardware dan Software serta penjimatan kos
    pengintegrasian sistem yang ditanggung oleh pihak syarikat.

  3. Adakah kerajaan bercadang membuka konsesi ini melalui tender terbuka.

    Kerajaan akan memberi konsesi ini melalui tender terbuka setelah konsesi kedua-dua
    syarikat telah tamat tempoh konsesi dengan kerajaan/Pihak Berkuasa Tempatan.

Lampiran

Tiada Lampiran.