Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008
100) PESURUHJAYA BANGUNAN (COB)
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Kedudukan, fungsi dan proses membuat keputusan oleh Pesuruhjaya Bangunan (COB) telah mengapung di antara lembaga perumahan dan pihak berkuasa tempatan dengan arah yang tidak tertentu dan adalah tidak diketahui siapa yang akan kawal fungsi pesuruhjaya bangunan (COB) pada akhirnya. Apakah situasi terkini dan bagaimanakah perkara-perkara dasar yang berkenaan dengan pesuruhjaya bangunan (COB) akan diputuskan? Oleh lembaga perumahan atau pihak berkuasa tempatan?
Di bawah Akta Bangunan Dan Harta Bersama (Penyenggaraan Dan Pengurusan) 2007
[Akta 663] dan Akta Hakmilik Strata [Akta 318], COB menjadi satu entiti sebagai pihak
berkuasa dan mempunyai tanggungjawab dalam mengawal selia kesempurnaan
penyenggaraan dan pengurusan bangunan dan harta bersama yang dilaksanakan
pemaju, Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (PP).
Sehubungan dengan itu, Pesuruhjaya Bangunan adalah pembuat keputusan dan
pelaksana tindakan serta penguatkuasaan berdasarkan kuasa dan tanggungjawab yang
diperuntukkan dalam kedua-dua Akta tersebut.
Manakala LPHS bertindak sebagai pemantau ke atas pelaksanaan tugas-tugas dan
kuasa-kuasa Pesuruhjaya Bangunan di seluruh Pihak Berkuasa Tempatan negeri
Selangor. LPHS juga memainkan peranan sebagai penasihat dan ko-ordinator kepada
Pesuruhjaya Bangunan dalam menyelesaikan isu-isu berkaitan tugas dan kuasa
Pesuruhjaya Bangunan di bawah Akta Bangunan Dan Harta Bersama (Penyenggaraan
Dan Pengurusan) 2007 [Akta 663] dan Akta Hakmilik Strata 1985 [Akta 318]. Di
samping itu, LPHS memainkan peranan sebagai “mediator” di antara pembeli/pemilik
petak dan Pesuruhjaya Bangunan apabila berlaku kekaburan mengenai tafsiran akta
yang berkaitan untuk membolehkan Badan Pengurusan Bersama dan Perbadanan
Pengurusan melaksanakan tugas dan kuasa seperti yang ditentukan dalam Akta 663
dan Akta 318. -
Adakah kedudukan pesuruhjaya bangunan (COB) di setiap daerah diwartakan dan bila?
Semua Datuk Bandar dan Yang Dipertua bagi 14 Pihak Berkuasa Tempatan negeri
Selangor telah diwartakan sebagai Pesuruhjaya Bangunan bagi kawasan-kawasan
pihak berkuasa tempatan berkaitan berkuatkuasa mulai 4 Julai 2007.
STATUS PEMATUHAN PEMAJU
AKTA BANGUNAN DAN HARTA BERSAMA
(PENYENGGARAAN DAN PENGURUSAN) 2007 [AKTA 663]
SEHINGGA 31 JULAI 2008
BIL. PBT BIL. KAWASAN
PEMAJUAN
BIL.
PEMAJU
KEMUKAKAN
AKAUN (IKUT
KAWASAN
PEMAJUAN)
BIL. JMB
(IKUT
KAWASAN
PEMAJUAN)
1. MBSA 139 44
2. MBPJ 358 98
3. MPK 78 50
4. MPSJ 212 80
5. MPAJ 277 33
6. MPKj 202 67
7. MPSp 13 1
8. MDKL 21 6
9. MDSB 2 0
10. MPS 360 42
11. MDKS 15 9
12. MDHS 55 0
JUMLAH 1,732 430