Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008
90) ISU PENCEMARAN DAN PROJEK KITAR SEMULA DAN PERLINDUNGAN ALAM SEKITAR
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Punca-punca pencemaran alam sekitar di Negeri Selangor.
Punca-punca pencemaran di Negeri Selangor boleh dibahagikan kepada 3 jenis
pencemaran utama ialah pencemaran udara, pencemaran air dan pencemaran tanah.
Pencemaran udara adalah berpunca dari aktiviti pembakaran terbuka, pelepasan asap
daripada aktiviti perindustrian dan pelepasan dari kenderaan bermotor. Pencemaran air
pula berpunca dari pelepasan air larian daripada aktiviti kerja tanah dan kerja-kerja
pengorekkan pasir, pelepasan kumbahan domestik dan pelepasan effluen daripada
sektor pengkilangan. Pencemaran tanah pula melibatkan tapak-tapak pelupusan sisa
pepejal dan tapak pelupusan sisa buangan terjadual secara haram. -
Langkah-langkah untuk mengatasi masalah yang disebabkan oleh pencemaran alam sekitar
Bagi mengatasi masalah pencemaran alam sekitar pihak kerajaan telah mengambil dua
(2) pendekatan berikut:
i) Mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang yang sedia ada oleh
pelbagai agensi dalam mengawal pencemaran seperti Jabatan Alam Sekitar,
Lembaga Urus Air Selangor, Pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat Tanah dan
Galian, Jabatan Perhutanan dan lain-lain agensi yang berkaitan; dan
ii) Mempertingkatkan program pendidikan dan kesedaran alam sekitar terutama
kepada golongan pelajar, sektor industri dan orang awam bagi memastikan
semua pihak terlibat dalam menjayakan usaha-usaha penjagaan alam
sekitar. -
Sila nyatakan projek perlindungan alam sekitar yang sedia ada dan akan dilancarkan oleh Kerajaan Neger
Antara projek pelindungan alam sekitar sedia ada dan akan diteruskan adalah seperti
berikut:
i) Menggalakkan program kitar semula bagi mengurangkan penghasilan sisa
pepejal diperingkat Pihak Berkuasa Tempatan;
ii) Usaha-usaha untuk mengekalkan hutan simpan di Negeri Selangor bagi
mencapai sekurang-kurangnya 35%;
iii) Mengawal penempatan industri yang berpotensi mencemarkan sumber air
tidak ditempatkan di atas takat pengambilan air minuman; dan
iv) Menambah dan mengekalkan kawasan hijau di peringkat Pihak Berkuasa
Tempatan.