Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

74) INDUSTRI PELANCONGAN DI SELANGOR

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa destinasi pelancongan yang bukan diperkembangkan dan di peruntukan oleh Kerajaan Selangor? Berikan senarai penuh destinasi-destinasi

    Terdapat 19 destinasi pelancongan yang telah dikenalpasti di mana ianya bukan
    diperkembangkan dan diperuntukan oleh Kerajaan Selangor. Berikut adalah senarai
    bagi destinasi tersebut :
    1. Bukit Belimbing Fireflies
    2. Batu Caves
    3. Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM)
    4. Ampang Look- Out Point
    5. Royal Selangor Pewter
    6. Natural Batu Arang
    7. Selangor Fruit Valley
    8. Taman Rimba Komanwel
    9. Taman Agrotek Garden & Resort
    10. Lembah Pangsun Eco Resort
    11. Medan Sate Kajang
    12. Taman Peringatan Nirvana
    13. Ladang Orkid Antarabangsa Serendah
    14. Pusat Latihan & Resort Kalumpang
    15. Ladang Longan Soon Beng
    16. Taman Tema Sunway Lagoon
    17. Sunway Extreme Park
    18. Mines Wonderland
    19. Wet World Waterpark

  2. Bajet tahunan yang diperuntukkan kepada projek pelancongan Selangor sejak tahun 2004

    Kerajaan Negeri memperuntukan sebanyak RM 9,625,290 sejak tahun 2004 hingga
    2008 bagi projek pelancongan di Negeri Selangor.

  3. Jumlah pendapatan tahunan untuk mempromosi industri pelancongan Negeri Selangor?

    Setakat ini Kerajaan Negeri hanya memperuntukan sebanyak RM 500,000.00 setahun
    untuk mempromosi industri pelancongan Negeri Selangor. Oleh yang demikian,
    perbelanjaan akan dibuat dengan peruntukan sedia ada sahaja.

Lampiran

Tiada Lampiran.