Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

72) PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Meminta satu senarai aduan yang diterima oleh kerajaan negeri terhadap kes pencemaran oleh kilang-kilang di Selangor dan apakah tindakan terkini yang telah dilakukan terhadap kilang-kilang ini dengan memberi butirannya

    Sepanjang tempoh lima (5) tahun yang lalu bilangan aduan yang diterima oleh Jabatan
    Alam Sekitar Selangor adalah seperti berikut:

    Jenis
    Pencemaran
    2004 2005 2006 2007 Jan – Julai
    2008
    Udara 607 1241 790 772 593
    Air 79 134 149 76 54
    Bunyi Bising 26 40 27 35 36
    Buangan
    Terjadual
    34 33 44 23 8
    Sampah Sarap 23 22 28 16 8
    Jumlah 769 1470 1038 922 699
    Kesemua aduan-aduan ini telah disiasat oleh Jabatan Alam Sekitar Selangor dan tindakantindakan seperti berikut telah diambil:
    i) Tindakan perundangan seperti mengeluarkan Notis Nrahan, kompaun dan
    tindakan mahkamah mengikut peruntuk di bawah Akta Kualiti Alam
    Sekeliling, 1974; dan
    ii) Merujuk kes-kes aduan yang berkaitan dengan bidang kuasa Pihak Berkuasa
    Tempatan untuk tindakan selanjutnya.

  2. Apakah tindakan terkini terhadap aduan pencemaran udara Kilang Batu Bata LDV (Kerling) Sdn. Bhd., Lot 242, Jalam Air Panas, Kampung Baru Kerling, 44100 Hulu Selangor memandangkan kilang ini masih beroperasi biarpun banyak aduan dibuat oleh penduduk-penduduk kampung.

    Dari tahun 2007 sehingga Julai 2008 Jabatan Alam Sekitar Selangor telah menjalankan
    sebanyak enam (6) lawatan penguatkuasaan ke atas Kilang Batu bata LDV (Kerling)
    Sdn Bhd dimana lawatan tersebut tertumpu kepada penyelesaian masalah pencemaran
    udara mengenai pelepasan asap hitam dari proses membuat batu bata. Bagi
    memastikan pelepasan asap dan habuk mematuhi piawai yang ditetapkan pemilik kilang
    telah memasang alat kawalan pencemaran udara iaitu wet scrubber. Siasatan oleh
    Jabatan mendapati alat kawalan ini gagal beroperasi pada tahap optimum. Susulan
    daripada lawatan tersebut sebanyak tiga (3) Notis Arahan dan tiga (3) kompaun telah
    dikeluarkan yang mengarahkan pihak pekilang supaya memperbaiki dan
    mempertingkatkan kecekapan alat kawalan pencemaran udara tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.