Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008
71) SEKOLAH RENDAH JENIS KEBANGSAAN CINA & TAMIL
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sekolah Rendah jenis Kebangsaan Cina & Tamil adalah amat berkurangan sehingga sesebuah sekolah itu terpaksa menampung jumlah murid yang terlalu ramai hingga menyebabkan sistem pembelajaran menjadi kurang selesa. Berapakah jumlah murid di kedua-dua sekolah tersebut di Selangor?
Jumlah murid di SJKC ialah seramai 122 623 orang manakala 34 706 orang murid
berada di SJKT di Negeri Selangor. -
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk mengadakan lebih banyak tapak simpanan untuk membina sekolah ini?
Sekolah-sekolah Bantuan Kerajaan ( Bantuan Modal) urusan tanah adalah di bawah
tanggungjawab Lembaga Pengurus Sekolah. Pihak Jabatan Pelajaran dan Kementerian
Pelajaran tidak dipertanggungjawabkan mengenai tanah untuk sekolah tersebut. Pihak
Jabatan Pelajaran mengalukan-alukan jika Kerajaan Negeri menyediakan tapak untuk
sekolah tersebut.