Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008
70) GEJALA RASUAH
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan berapakah jumlah laporan rasuah yang melibatkan kakitangan awam Negeri Selangor dari tahun 2006 hingga 2007.
Sepanjang tahun 2006, BPR Selangor telah menerima 100 aduan dan 49 daripadanya
telah membawa kepada siasatan. Sepanjang tahun 2007 pula, BPR Selangor telah
menerima 73 aduan dan 29 daripadanya telah membawa kepada siasatan. -
Sila berikan butiran terperinci mengenai berapakah jumlah kes rasuah yang dihadapkan ke mahkamah yang melibatkan kakitangan awam negeri mengikut susunan jabatan?
Bilangan penjawat awam di Negeri Selangor yang dituduh pada tahun 2006-2007
2006 2007
1. Polis Di Raja Malaysia 6 6
2. Kastam Di Raja Malaysia 4 3
3. Majlis Perbandaran Kajang 1 0
4. Jabatan Pengangkutan Jalan 2 0
5. Jabatan Pertanian 0 1
6. Pegawai Perubatan 0 1
7. KEMAS 1 0
8. Jabatan Laut 1 0
9. MBSA 0 1
10. UKM 0 1
JUMLAH 15 13 -
Apakah langkah-langkah pencegahan gejala rasuah yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri?
Jawapan boleh dirujuk kepada pihak Kerajaan Negeri dan yang berkenaan.