Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008
62) BUDAYA MEMBACA
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Meminta satu senarai kajian kadar membaca di seluruh rakyat negeri Selangor serta program-program kerajaan negeri untuk memupuk budaya membaca?
Kajian membaca terakhir yang telah dibuat adalah Kajian Tabiat Dan Minat Membaca Di
Negeri Selangor pernah dilakukan pada tahun 1998 – 1999 anjuran Jawatankuasa
Gerakan Membaca Negeri Selangor dan Universiti Teknologi Mara (UiTM). -
Adakah kerajaan negeri bersedia membantu semua sekolah di negeri Selangor memupuk budaya ini selain mengadakan program besar-besaran?
Program-program yang dirancang dan telah dijalankan mensasarkan kepada semua
golongan masyarakat daripada peringkat pra sekolah, sekolah rendah, sekolah
menengah, golongan belia, golongan dewasa dan masyarakat umum dengan menjurus
kepada pembacaan, ilmu pengetahuan, penggunaan perpustakaan, penggunaan IT,
pemupukan minat dan bakat, keterampilan, kekeluargaan, cara dan gaya hidup dan
kemasyarakatan.
Selain daripada itu, program-program yang berterusan telah dirancangkan bagi
menggalakan penggunaan perpustakaan dan menggalakan membaca. Programprogram ini dijalankan oleh pihak perpustakaan sendiri juga oleh Jawatankuasa
Gerakan Membaca Negeri yang ditubuhkan oleh kerajaan bagi merancang dan
menggerakan pelbagai aktiviti yang menjurus kepada menanam tabiat suka membaca di
kalangan masyarakat disemua peringkat umur di bandar dan di luar bandar. Disetiap
daerah pula ditubuhkan Jawatankuasa Gerakan Membaca Daerah dengan peranan
yang sama.
Diperingkat pra sekolah aktiviti yang dirancangkan merupakan galakan membaca di
terapkan melalui aktiviti yang berunsurkan pengujian minda dan bakat antaranya
pertandingan bercerita, melukis dan mewarna, kemahiran berbahasa, kraftangan,
persembahan boneka, kemahiran IT dan sebagainya.
Bagi peringkat sekolah rendah pula program yang disediakan berbentuk kepimpinan
diri, pengujian daya intelek, kaunseling, panduan kerjaya, seminar peperiksaan,
pendedahan kepada IT dan dunia siber dan sebagainya, antara aktiviti untuk golongan
ini ialah Pertandingan pencarian maklumat, Motivasi kecemerlangan akademik,
peraduan rekacipta laman web, English in camp, Spell it right, pidato, kuiz dan
sebagainya.
Bagi golongan remaja dan belia program yang dirancangkan selain daripada galakan
membaca dan menggunakan perpustakaan tumpuan kepada jati diri, memperkasa diri
dengan ilmu, menanam nilai murni dalam kehidupan, kerjaya serta motivasi. Antara
programnya ialah seminar dan bengkel berkaitan pembacaan, kemahiran dan kerjaya,
peranan belia, kolokium penulisan, pesta pantun dan sayembara puisi, kembara bahasa
serta lain-lain lagi.
Bagi golongan dewasa dan masyarakat umum usaha yang berlipat ganda diteruskan
bagi menyuburkan kembali golongan ini kepada membaca dan perpustakaan. Mereka
merupakan role model bagi seisi keluarga. Program yang dijalankan bercorak pencarian
maklumat, pemilihan bahan bacaan yang sesuai, pendedahan kepada IT dan
kekeluargaan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Kuiz JKKK, Bahas JKKK, Bengkel
Speed Reading, sudut perpustakaan keluarga, pengkisahan sejarah, bacaan kegemaran
saya, seminar pembacaan, diskusi buku dan lain-lain lagi. Program Kembara Ilmu negeri
Selangor juga telah diadakan di daerah-daerah.
Program tahunan iaitu Pesta Buku Selangor 2008, kerajaan negeri mengambil inisiatif
menjadikannya sebagai wadah berguna untuk menanam budaya cintakan ilmu di
kalangan masyarakat setempat.
Pesta ini adalah usaha proaktif kerajaan negeri dengan kerjasama Perbadanan
Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dan beberapa agensi kerajaan antaranya
Jabatan Pelajaran Negeri, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Majlis Buku
Kebangsaan Malaysia, Jabatan Penerangan, Majlis Buku Kanak-kanak dan Remaja
Malaysia dan pelbagai agensi yang lain.
OBJEKTIF
1. Memberi peluang kepada komuniti untuk memilih dan memperolehi bahan bacaan
berkualiti tinggi serta terkini;
2. Meneruskan usaha-usaha merangsang dan mempromosikan budaya membaca;
3. Memaju dan menggalakkan penerbitan serta perusahaan buku di negeri ini;
4. Meneruskan rangkaian harmoni di kalangan golongan iktisas yang berkait rapat dengan
penerbitan dan pembangunan buku.
5. Mengenalpasti pelbagai inisiatif baru media pembelajaran, dan bacaan yang sesuai
untuk semua golongan masyarakat maupun institusi; dan
6. Memberi perhatian kepada penerbitan buku-buku yang mengandungi sistem peradaban,
nilai dan budaya Malaysia. Oleh yang demikian, perkembangan penerbitan buku-buku
tempatan akan dapat mencapai hasrat dan wawasan kerajaan untuk mewujudkan
generasi berilmu yang maju melalui pembacaan.
RASIONAL
1. Menjadi salah satu agenda utama dari program Gerakan Membaca peringkat negeri.
2. Memberi peluang dan perhatian kepada penerbitan buku-buku tempatan.
3. Mengisi minda generasi muda serta keluarga dengan membentuk citarasa dan nilai
mereka terhadap bahan yang dibaca di samping memperkukuhkan budaya ilmu di
dalam keluarga.
4. Menjadi salah satu daya tarikan kepada para pelancong tempatan dan antarabangsa.
5. Pesta buku seperti ini akan dapat memberi indicator kepada penerbit dan industri buku
khususnya, serta pengguna dan pembaca amnya, dalam mengenalpasti keperluan,
bidang atau jenis buku yang perlu diterbitkan.
6. Hubungkait yang kuat di antara perkembangan buku dengan dunia pendidikan.
AKTIVITI SAMPINGAN
1. Pelbagai pertandingan seperti peraduan mewarna, melukis dan bercerita (penyertaan
sekolah-sekolah).
2. Pelancaran buku
3. Bersama ilustrator
4. Sesi bersama penulis terkenal
5. Kempen keahlian perpustakaan
6. Aktiviti dari Perpustakaan Awam Negeri – jemputan
IMPAK
1. Terus menghidupkan dan memberi sokongan kepada industri penerbitan buku.
2. Menggalakkan perkembangan penyelidikan dalam keperluan bahan bacaan untuk
komuniti.
3. Melaksanakan dasar dan saranan yang terkandung di dalam Dasar Buku Negara.
4. Secara tidak langsung, menarik kedatangan pelancong dan menjadi daya tarikan bagi
industri perhotelan dan outlet perniagaan.
5. Memberi peluang kepada warga Lembah Klang dan kawasan sekitarnya meneroka
bahan-bahan bacaan terkini.
6. Mewujudkan rangkaian yang sihat sebagai tempat pertemuan penerbit, penulis,
pustakawan, pendidik para ilmuan berkumpul.
Semua program yang dirancangkan bermatlamatkan:
i. Menyemai minat membaca dan menjadikannya satu budaya dan amalan harian
masyarakat
ii. Menjadikan perpustakaan sebagai tempat kunjungan oleh semua lapisan
masyarakat samada untuk menimba ilmu, merehatkan minda, membuat
penyelidikan
iii. Menggalakan amalan membaca sebagai satu amalan yang mendatangkan
faedah kepada masyarakat dari segi minda yang sihat, matang, intelek dan
menjadi masyarakat yang berguna kepada negara
Semua program –program dirancang dan mendapat kerjasama daripada pihak lain
seperi jabatan-jabatan kerajaan, majlis daerah, pejabat daerah, pejabat pendidikan,
penghulu, JKKK, pihak swasta dan badan-badan sukarela.
Usaha dan pendekatan untuk menggalakkan tabiat membaca di kalangan masyarakat
akan diteruskan sejajar dengan hasrat mewujudkan masyarakat berilmu. Pelaksanaan
dan penganjuran aktiviti ilmu seperti ini diharapkan mampu meningkatkan budaya
membaca di kalangan masyarakat.
b) Kerajaan telah mengambil langkah proaktif bagi memartabatkan budaya membaca di
kalangan pelajar dan masyarakat. Penubuhan dan pembukaan perpustakaan diseluruh
pelusuk negeri merupakan satu langkah serius bagi menggalakan budaya membaca di
kalangan pelajar dan masyarakat. Perpustakaan yang dilengkapi berbagai bahan dan
media pembacaan yang dapat memenuhi keperluan pembacaan dan ilmu pengetahuan.
Kemudahan serta pengisian perpustakaan ini sesuai untuk semua golongan dan tahap
pendidikan di dalam masyarakat.
Pelbagai langkah telah diambil bagi memupuk budaya membaca dan menggalakkan
sikap suka membaca di kalangan pelajar. Kerajaan Negeri bersedia membantu semua
sekolah di Selangor dengan pelbagai perkhidmatan yang disediakan iaitu:-
• Menyediakan perkhidmatan bergerak sebanyak 4 unit yang melalui hentian-hentian
di sekolah. Ini bagi memudahkan pelajar-pelajar sekolah dapat membuat pinjaman
buku dan mendaftar sebagai ahli perpustakaan.
• Menyediakan perkhidmatan pinjaman berkelompok kepada guru dan pelajar
sekolah.
• Mengadakan aktiviti dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor melalui
Gerakan Membaca Peringkat Daerah.
• Memberi ceramah-ceramah tentang Profesion Kepustakawanan di sekolah-sekolah
untuk memberi pendedahan, pengetahuan dan bimbingan kepada guru-guru dan
murid-murid untuk menguruskan dan mentadbir Pusat Sumber Sekolah.
• PPAS juga mengadakan program Library Orientation atau User Education untuk
para pelajar di perpustakaan dan pusat sumber sekolah.
• Bengkel-bengkel pengkatalogan dan pengkelasan untuk guru-guru bagi
memudahkan dan membantu guru tersebut menguruskan buku –buku dan koleksi di
pusat sumber sekolah masing-masing. PPAS juga ada menyediakan pakej
maklumat untuk kajian tempatan.
• Bengkel Kemahiran Perpustakaan (Teknikal) untuk Pusat Sumber Sekolah
• Sumbangan-sumbangan buku dari Bank Buku Darul Ehsan kepada Pusat-pusat
Sumber Sekolah berdasarkan keperluan dan koleksi yang ada.
Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor adalah sebuah perpustakaan awam yang
merupakan medium terbaik dalam usaha membudayakan masyarakat berilmu di
Selangor khususnya. Walaubagaimanapun, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor
tidak menyediakan peruntukan khas bekalan buku kepada sekolah-sekolah di Selangor.
Peruntukan pembelian buku Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor adalah secara
terus di bawah tanggungan kerajaan Negeri Selangor.