Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008
58) HAK MILIK TANAH
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bagaimanakah bahawa di dalam negeri Selangor, terdapat 14,442 hartanah yang telah diberikan taraf hak milik selamanya / tetap di mana pula adanya 14,167 hartanah yang di bawah taraf pajakan? Apakah kriteria dan syarat untuk kedua-dua jenis taraf pemilikan tanah sejak ia nampaknya tidak adil?
Untuk makluman Y.B., tempoh hakmilik yang ada di Selangor ialah seperti berikut:-
i) Hakmilik selama-lamanya; dan
ii) Hakmilik pajakan.
Kebanyakan tanah hakmilik selama-lamanya dibuat pelupusan sebelum Kanun Tanah
Negara berkuatkuasa. Sekiranya tanah ini dimajukan (tukar syarat, pecah sempadan
dan sebagainya), tempoh pemilikan tanah tersebut tidak berubah. Di bawah Kanun
Tanah Negara 1965, pemberimilikan selama-lamanya di bawah Seksyen 76 hanya
diberikan atas-sebab-sebab istimewa seperti berikut:-
(i) jika Kerajaan Persekutuan memerlukan Pihak Berkuasa Negeri untuk menyerahkan
geran buat selama-lamanya dibuat kepada Kerajaan Persekutuan atau kepada pihak
berkuasa awam atau sekiranya Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
bersetuju untuk membuat suatu geran buat sela-lamaUntuk makluman Y.B., tempoh hakmilik yang ada di Selangor ialah seperti berikut:-
i) Hakmilik selama-lamanya; dan
ii) Hakmilik pajakan.
Kebanyakan tanah hakmilik selama-lamanya dibuat pelupusan sebelum Kanun Tanah
Negara berkuatkuasa. Sekiranya tanah ini dimajukan (tukar syarat, pecah sempadan
dan sebagainya), tempoh pemilikan tanah tersebut tidak berubah. Di bawah Kanun
Tanah Negara 1965, pemberimilikan selama-lamanya di bawah Seksyen 76 hanya
diberikan atas-sebab-sebab istimewa seperti berikut:-
(i) jika Kerajaan Persekutuan memerlukan Pihak Berkuasa Negeri untuk menyerahkan
geran buat selama-lamanya dibuat kepada Kerajaan Persekutuan atau kepada pihak
berkuasa awam atau sekiranya Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
bersetuju untuk membuat suatu geran buat sela-lamanya kepada Kerajaan
Persekutuan ;
(ii) jika sekiranya Pihak Berkuasa Negeri berpuas hati bahawa tanah itu akan digunakan
untuk tujuan awam; atau
(iii) jika sekiranya Pihak Berkuasa Negeri berpuas hati bahawa terdapat keadaankeadaan khas yang memerlukan ia dibuat demikian nya kepada Kerajaan
Persekutuan ;
(ii) jika sekiranya Pihak Berkuasa Negeri berpuas hati bahawa tanah itu akan digunakan
untuk tujuan awam; atau
(iii) jika sekiranya Pihak Berkuasa Negeri berpuas hati bahawa terdapat keadaankeadaan khas yang memerlukan ia dibuat demikian -
Jadi kalau terdapat 1487 tapak di Petaling Jaya yang mempunyai tempoh masa kurang daripada 10 tahun dalam pajakan mereka dan bahawa kawasan Bukit Gasing mempunyai kebanyakan daripada pemilikan tanah bawah kategori ini, apakah langkahlangkah yang telah diambil oleh kerajaan negeri untuk beri perhatian kepada isu ini dan jika kerajaan akan mengambil kira pertimbangan faktor-faktor sejarah dan perlembagaan untuk membuat keputusan secara memihak taraf hak milik selamanya / tetap di Petaling Jaya?
Pemilik tanah boleh pada bila-bila masa memohon perlanjutan tempoh pajakan kepada
Kerajaan Negeri sebelum tanah tersebut tamat tempoh pajakan. Kerajaan Negeri tidak
akan menimbang sebarang permohonan untuk menukar tanah daripada pajakan kepada
selamanya supaya tidak bertentangan dengan Seksyen 76, Kanun Tanah Negara. -
Bilakah dasar yang kekal akan diwujudkan, yang akan menggabungkan pertimbangan aspek tanah dari segi sejarah dan perlembagaan untuk menentukan jenis hak milik tanah di Petaling Jaya?
Kerajaan Negeri terikat dengan peruntukan undang-undang. Sekiranya undang-undang
dipinda, dasar boleh dibuat pengubahsuaian sewajarnya.