Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008
48) PELANCONGAN DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah pelancong yang dianggarkan akan melawat Negeri Selangor pada tahun 2008. Apakah pecahan peratusan pelancong tersebut mengikut negara?
Setakat Ogos 2008 pecahan pelancong mengikut Negara adalah seperti berikut :
Negara Jumlah Pelancong Peratus (%)
Asean 740,700 42.4
Asia Timur 585,523 33.5
Asia Selatan 133,008 7.6
Kepulauan 58,069 3.3
Asia Barat/ Timur Tengah 109,757 6.3
Eropah 75,359 4.3
Afrika 4,166 0.2
Amerika 26,756 1.5
Lain-lain 15,766 0.9
Jumlah 1,749,104 -
Apakah strategi Kerajaan Negeri untuk menarik pelancong dari negara Eropah dan Amerika Utara?
Kerajaan Negeri akan mengikuti beberapa pameran pelancongan yang dianjurkan oleh
Tourism Malaysia di peringkat antarabangsa seperti World Travel Mart yang akan
berlangsung di London. Di sini, Kerajaan Negeri akan mempromosikan destinasi
pelancongan Negeri Selangor ke seluruh Negara. -
Berapakah jumlah bajet Kerajaan Negeri untuk menarik penambahan pelancong bagi tahun 2008?
Kerajaan Negeri memohon penambahan bajet sebanyak RM 500,000.00 bagi tujuan
menarik penambahan pelancong bagi tahun 2008.