Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008
47) TAPAK PERKUBURAN CINATANJUNG SEPAT
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Urusan permohonan tapak baru perkuburan Cina Tanjung Sepat telah dikemukakan kepada Kerajaan Negeri Selangor. Apakah perkembangan terkini permohonan?
Berdasarkan maklumat yang diperolehi, PTD Sepang telah menerima permohonan
rasmi daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor berkaitan Tambahan Tapak
Kubur Cina di Lot 4488, Mukim Sepang dan kini dalam proses untuk mendapatkan
penilaian tanah daripada Jabatan Perkhidmatan Penilaian Harta (JPPH) bagi tujuan
penyediaan Kertas Cadangan Pengambilan Balik Tanah bagi memohon peruntukan
bayaran pampasan kepada tuan tanah iaitu Tetuan The London Asiatic Rubber And
Produce Company Limited.PTD Sepang telah menerima permohonan rasmi daripada Unit Perancang Ekonomi
Negeri Selangor berkaitan Tambahan Tapak Kubur Cina di Lot 4488, Mukim Sepang
dan kini dalam proses untuk mendapatkan penilaian tanah daripada JPPH bagi tujuan
penyediaan Kertas Cadangan Pengambilan Balik Tanah bagi memohon peruntukan
bayaran pampasan kepada tuan tanah iaitu Tetuan The London Asiatic Rubber And
Produce Company Limited. -
Bilakah ia akan diluluskan?
Permohonan tapak baru Perkuburan Cina Tanjung Sepat akan dipertimbangkan oleh
Pihak Berkuasa Negeri setelah pengambilan tanah dan pewartaan tanah tersebut
selesai.Setelah selesai pengambilan balik tanah dan pewartaan diambil tindakan.