Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008
40) PIHAK BERKUASA TEMPATAN
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan maklumat terperinci PBT yang mengalami defisit dalam Belanjawan 2007 dan 2008 (jumlah hasil, jumlah kos, jumlah defisit, punca defisit) dan apakah langkahlangkah yang akan dilaksanakan oleh kerajaan bagi mengatasi keadaan defisit belanjawan PBT?
Maklumat terperinci PBT belanjawan PBT 2007 dan 2008 dilampirkan di lampiran1 .
Kerajaan Negeri telah menggariskan belanjawan berhemah dan berimbang. Dalam
usaha membantu PBT, Kerajaan Negeri menyalurkan bantuan kewangan dalam bentuk
pemberian Caruman Membantu Kadar dan pembiayaan projek-projek pembangunan. Di
samping itu Kerajaan Negeri juga ada menyalurkan bantuan peruntukan kewangan
secara terus melalui kelulusan permohonan yang dikemukakan oleh PBT kepada
Perbendaharaan Negeri. -
Apakah polisi kerajaan dalam penilaian keberkesanan PBT dan apakah langkah yang akan dilaksanakan bagi meningkatkan keberkesanan PBT. Ulaskan.
Kerajaan Negeri telah menggunakan kaedah pemarkahan melalui pelaksanaan ‘
Balance Score Card ‘ yang telah dilaksanakan bermula Jan 2008 . Mekanisme ini
dilaksanakan bagi menilai serta memantau keupayaan dan meningkatkan sistem
penyampaian PBT . -
Apakah langkah kerajaan untuk memulihkan pilihan raya tempatan? Ulaskan
Kerajaan Negeri masih di dalam kajian bagi memulihkan pilihan raya tempatan berikutan
ianya melibatkan kos dan halangan perundangan semasa .