Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008
39) PELABURAN ASING
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapa banyak pelaburan (asing dan domestik) yang berjaya ditarik oleh Kerajaan Negeri pada tahun ini dan meminta satu senarai pelaburan-pelaburan ini.
Bagi tempoh Januari hingga Oktober 2008 sebanyak 183 projek perkilangan dengan
nilai pelaburan berjumlah RM 10,374,003,912.55 telah diluluskan penempatan projeknya
di Negeri Selangor. Daripada jumlah ini sebanyak RM 5,285,784,579.75 adalah
daripada pelaburan tempatan dan sebanyak RM 5,088,219,322.80 adalah daripada
pelaburan asing.
Senarai pelaburan-pelaburan adalah seperti dilampiran. -
Apakah sasaran Kerajaan Negeri untuk tahun 2009 dan rancangan serta program Kerajaan Negeri untuk mencapai angka ini?
Bagi tahun 2009, Kerajaan negeri mensasarkan pelaburan melebihi RM 8 bilion. Bagi
mencapai sasaran ini beberapa langkah dan strategi sedang dan akan dilaksanakan
seperti berikut;-
i. Memastikan iklim pelaburan yang kondusif melalui pelaksanaan dasar pelaburan
yang pragmatik dan telus untuk memberi keyakinan kepada pelabur asing.
ii. Konsep Mesra Pelabur yang diterapkan dengan mengadakan lawatan dan
perjumpaan dengan pihak industri secara berkala bagi mendapatkan maklum
balas mengenai permasalahan yang dihadapi oleh pihak industri/pelabur di
Selangor.
iii. Menaiktaraf infrastruktur di kawasan-kawasan industri serta menyediakan
kawasan perindustrian yang selesa seperti Selangor Science Park.
iv. Mempercepatkan proses penyelesaian masalah yang dihadapi pihak industri.
v. Mempercepatkan proses kelulusan permohonan seperti Permohonan Sijil Layak
menduduki, Permohonan Kelulusan Pelan Bangunan dan lain-lain kelulusan
yang diperlukan pihak industri/pelabur menerusi One stop Centre (OSC) yang
ditubuhkan di setiap PBT.
vi. Penubuhan Jawatankuasa Pelaburan Peringkat Negeri dan Daerah bagi
memantau perlaksanaan projek-projek pelaburan di setiap daerah serta
mempromosikan peluang-peluang pelaburan di setiap daerah.
vii. Mempertingkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan di
semua peringkat, termasuk di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan.
viii. Penambahbaikan fungsi SSIC bagi memantapkan keupayaan dalam memberi
perkhidmatan.
ix. Pemantauan yang lebih kerap untuk projek-projek yang sedang dilaksanakan.
x. “Hand hold” program.
xi. Panganjuran dan penyertaan dalam misi-misi pelaburan ke luar negara