Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

32) PENGELUARAN SURATAN HAK MILIK TANAH DI KAMPUNG BARU, BROGA

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa lamakah jangkamasa yang diambil oleh Pejabat Tanah untuk pengeluaran suratan hak milik sementara sesuatu tanah yang diberi milik oleh Kerajaan Negeri dari tarikh pembayaran premium dan bayaran ukuran disempurnakan

    Jangka masa yang diambil oleh Pejabat Tanah untuk pengeluaran suratan hakmilik
    sementara adalah dalam lingkungan 4-5 bulan.

  2. Apakah status surat hak milik sementara tanah di Kampung Baru, Broga dan bilakah suratan hak milik tanah tersebut dikeluarkan

    Bagi permohonan di Kampung Baru Broga, bayaran premium dan ukur mula diterima
    pada 13.9.2001 dan bayaran terakhir diterima pada 4.10.2005. Disebabkan permohonan
    ini adalah secara berkelompok, Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat perlu memastikan
    semua pemohon telah menjelaskan bayaran premium bagi membolehkan hakmilik
    diproses.
    Walau bagaimanapun, sejumlah 42 lot daripada 201 lot telah dikeluarkan hakmilik
    sementara. Daripada baki 159 lot sejumlah 153 telah menjelaskan bayaran premium dan
    sedang diproses untuk pengeluaran hakmilik.
    Satu perjumpaan telah diadakan pada 9 Mei 2008 di antara Ketua Penolong Pegawai
    Daerah (Tanah) dengan Ahli Parlimen Hulu Langat, ketua kampung dan wakil penduduk
    di Pejabat Daerah Hulu Langat dan semua pihak telah bersetuju supaya hakmilik tetap
    dikeluarkan dan bukan hakmilik sementara. Penyediaan suratan hakmilik tetap sedang
    dalam proses P.U dan dihantar ke JUPEM pada 8 Ogos 2008. Dijangkakan hakmilik tetap
    akan dapat dikeluarkan sebaik sahaja Pelan Akui diterima dari JUPEM

Lampiran

Tiada Lampiran.