Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

30) MASALAH KUTIPAN SAMPAH

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan negeri bercadang melaksanakan sendiri kerja pembersihan sampah melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan bilakah ia akan dilaksanakan. Jika perancangan ini dilaksanakan berapakah penjimatan kos yang boleh disalurkan ke sektor yang lain

    Buat masa ini, Kerajaan Negeri belum membuat keputusan muktamad sama ada akan
    melaksanakan sendiri kerja-kerja pembersihan sampah melalui Pihak Berkuasa
    Tempatan (PBT) atau menyerahkan kepada Kerajaan Persekutuan melalui Perbadanan
    Pengurusan Sisa Pepejal untuk melaksanakannya. Kerajaan Negeri akan mengadakan
    perbincangan lanjut dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
    berhubung perkara ini sebelum satu keputusan muktamad dapat diputuskan.

  2. RM 60 juta yang dibayar oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kepada Alam Flora adalah membazir kerana pembersihan tidak mencapai tahap yang dibanggakan. Bila dan huraikan secara terperinci cadangan pengambilalihan semula daripada Alam Flora

    Buat masa sekarang MBSA tidak mendapat sebarang arahan bertulis daripada
    peringkat Kerajaan Negeri berkaitan dengan cadangan pengambilalihan semula kerjakerja kutipan sampah dan pembersihan awam. Oleh yang demikian, MBSA tiada
    perincian rancangan pengambilalihan daripada pihak Alam Flora Sdn. Bhd. MBSA
    hanya menerima arahan dari peringkat Persekutuan iaitu Jabatan Sisa Pepejal Negara
    berkenaan penswastaan penuh selewat-lewatnya pada Januari 2009. Namun begitu,
    MBSA akan membuat program terperinci berkaitan kerja-kerja pengutipan sampah dan
    pembersihan awam sekiranya mendapat arahan daripada Kerajaan Negeri dalam masa
    terdekat ini.

  3. Apa akan jadi kepada kakitangan Alam Flora sekiranya cadangan dilaksanakan. Adakah kakitangan ini akan diserap ke MBSA dan sebagainya

    Urusan pelaksanaan pelantikan kakitangan Alam Flora Sdn. Bhd untuk berkhidmat ke
    MBSA sekiranya Alam Flora diambilalih oleh Kerajaan Negeri Selangor adalah tertakluk
    kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Pihak Kerajaan Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.