Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

18) UNISEL

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Universiti Selangor (UNISEL) menghadapi persaingan hebat dengan IPTA dan IPTS. Berapa jumlah pelajar UNISEL pada masa ini?

    Bilangan pelajar sehingga Ogos 2008 bagi kedua-dua kampus adalah seperti di bawah.
    (LAMPIRAN)
    i. Jumlah pelajar mengikut kampus
    Kampus Bilangan Pelajar
    Shah Alam 2,745
    Bestari Jaya 8,528
    JUMLAH 11,273
    ii. Jumlah pelajar mengikut tahap pengajian:-
    PROGRAM
    JUMLAH
    PELAJAR

    SIJIL 3
    TAHUN ASAS 326
    DIPLOMA 5,764
    IJAZAH SARJANA MUDA 5,142
    IJAZAH SARJANA 20
    DOKTOR FALSAFAH 18
    JUMLAH 11,273

  2. Berapa jumlah pelajar luar Negara dan apakah tindakan yang diambil untuk menarik pelajar luar Negara ini?

    UNISEL sentiasa berusaha dalam menambah pelajar di peringkat antarabangsa,
    sehingga Ogos 2008 jumlah pelajar antarabangsa adalah seramai 232 pelajar.
    i. Jumlah pelajar Antarabangsa mengikut Negara.

    BIL. NEGARA LELAKI PEREMPUAN
    1 ALGERIA 1
    2 BANGLADESH 1
    3 BRUNEI 1 1
    4 CHINA 1
    5 ERITREA 2
    6 ETHOPIA 1
    7 INDIA 1 1
    8 INDONESIA 22 8
    9 IRAN 3 1
    10 IRAQ 1
    11 JORDAN 1
    12 KENYA 1 2
    13 MALDIVES 1
    14 NIGERIA 3 2
    15 PAKISTAN 1
    16 PALESTINE 1
    17 SAUDI ARABIA 1 1
    18 SINGAPORE 1
    19 SOMALIA 31 7
    20 SRI LANKA 4 1
    21 SUDAN 73
    22 SYRIA 1
    23 THAILAND 1
    24 URGANDA 1
    25 VIETNAM 10 2
    26 YEMEN 40 1
    JUMLAH 200 32
    JUMLAH
    KESELURUHAN 232
    Tindakan yang diambil untuk menarik pelajar luar negara oleh UNISEL ialah:

    UNISEL memfokuskan promosi pemasaran kepada pelajar-pelajar daripada negaranegara Indonesia, Timur Tengah (Yemen) dan Afrika (Sudan dan Somalia) buat masa
    ini. Di samping itu, UNISEL akan mempertingkatkan taraf kediaman, kemudahan dan
    perkhidmatan bagi menyokong pengambilan pelajar daripada negara-negara lain.
    Dalam pemasaran ke luar negara, UNISEL mendapat perhatian dengan
    memperkenalkan universitinya sebagai sebuah Full-Fledged University milik penuh
    kerajaan Negeri Selangor.
    Sebagai usaha menarik pelajar luar, UNISEL :

    a) Mengambil bahagian dalam pameran pendidikan yang dianjurkan dengan kerjasama
    Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di negara-negara berikut:-
    – Pakistan
    – Libya
    – Indonesia
    – Sudan
    – Yemen
    – Maldives
    – Saudi Arabia
    – Vietnam
    b) Menubuhkan Institut Kerjasama Malaysia- Indonesia UNISEL (IKMI) bagi
    mewujudkan persefahaman dan kerjasama dalam menarik pelajar-pelajar Indonesia
    ke Malaysia khususnya dalam pengajian pasca Ijazah (Post-graduate studies)
    c) Melantik agen-agen perekrutan pelajar antarabangsa untuk membantu UNISEL
    dalam memperkenalkan UNISEL di kalangan pelajar antarabangsa.
    d) Mengiklankan dalam majalah pendidikan tinggi yang sesuai yang menjadi rujukan
    kepada pelajar-pelajar antarabangsa.
    e) Mewujudkan pusat sehenti (one-stop centre) bagi yang menyediakan perkhidmatan
    dan kemudahan kepada antarabangsa.
    f) Mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Pendidikan/ Kementerian Pengajian
    Tinggi Negara-negara luar untuk mengiktiraf UNISEL dan kursus-kursus
    pengajiannya..
    g) Menjalin hubungan baik dengan kedutaan Negara asing di Malaysia di mana pelajarpelajar mereka mengikut pengajian di UNISEL.
    h) Mendapat sebanyak mungkin status pengiktirafan daripada JPA dan pengiktirafan
    penuh (full accreditation status) daripada MQA bagi program-program pengajiannya.

  3. Apakah kursus/subjek yang menjadi kekuatan dan daya penarikan bagi UNISEL?

    Sehingga kini program sejumlah 79 program ditawarkan di UNISEL, manakala 30
    program telah mendapat perakuan penuh Akreditasi daripada Malaysia Qualification
    Agency (MQA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan 24 program telah
    mendapat perakuan Akreditasi Provisional. Di antara kursus dan program yang menjadi
    kekuatan dan daya penarikan bagi UNISEL adalah seperti :-
    i. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) (Pengajaran Bahasa Inggeris
    sebagai Bahasa Kedua) (TESL).
    ii. Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi (Kepujian).
    iii. Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri (Kepujian)
    iv. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Mekanikal
    v. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Mekatronik
    vi. Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian)
    Daya penarik dan menjadi kekuatan bagi program berkenaan adalah:-
    a) Semua program di atas telah mendapat perakuan penuh Akreditasi daripada
    Malaysia Qualification Agency (MQA)
    b) Menerima pengiktirafan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
    c) Program Kejuruteraan diiktiraf oleh Board Of Engineers Malaysia (BEM)
    d) Bagi program TESL hanya sebilangan Universiti IPTS yang menawarkan
    program berkenaan
    e) Semua program yang ditawarkan memenuhi permintaan industri.
    f) Para pelajar yang mengikuti pengajian di UNISEL akan mendapat peluang
    pendedahan dengan sektor industri.

Lampiran

Tiada Lampiran.